Saturday 9 September 2017

FAKTOR MENENTUKAN JENIS PERNIAGAAN


Peluang mencuburi bidang perniagaan terbuka luas. Namun tidak bermakna boleh dipandang mudah. Perlu ada pertimbangan dibuat sebelum menceburi bidang perniagaan untuk capai kejayaan. Beberapa foktor perlu diberi pertimbangan.

Lokasi perniagaan.
Lokasi dipilih mesti mudah didatangi pelanggan. Bandar dan kompleks perniagaan adalah tempat sesuai untuk memulakan perniagaan. Selain itu, kedai berhampiran jalan utama juga patut menjadi pilihan. Untuk perniagaan runcit dan restoran boleh dibuka di kawasan perumahan.

Jangkaan pelanggan.
Perniagaan dijelankan mesti ada pelanggan. Mana mungkin perniagaan maju atau mendapat untung jika tiada pelanggan. Maka, fikirkan jumlah jangkaan pelanggan akan berurusan jika perniagaan dimulakan.

Jangkaan perkembangan masa depan.
Pilih perniagaan yang boleh bertahan lama. Sekarang ini perkembangan teknologi amat pantas. Jadi ada perniagaan nampak berpotensi hari ini mungkin tidak lagi berguna pada masa hadapan.  

Masa pengurusan.
Perkara ini amat penting dipertimbangkan bagi mereka ada kerjaya lain.  Mereka perlu bijak membahagikan masa untuk uruskan perniagaan.  Walaupun ada pekerja dibayar gaji untuk menjalankan perniagaan, namun amat penting pengurusan dari pemilik perniagaan sendiri.

Modal rendah.
Pilihlah perniagaan yang memerlukan modal rendah. Pertamanya mudah untuk mengumpul modal dari simpanan sendiri atau pinjaman. Ini terutama kepada mereka kali pertama berniaga. Ia mengelak resiko kerugian yang besar disebabkan kurang pengalaman pengurusan perniagaan.

Pengalaman
Pengalaman atau kepakaran dalam bidang ingin dijadikan sandaran perniagaan amat penting. Mendapatkan pengalaman dengan bekerja di tempat lain adalah satu cara untuk mendapat pengalaman. Elok sekali membuka perniagaan yang kita ada pengalaman berkaitan dengannya.

Minat dan hobi
Seboleh mungkin, jadikan bisnes ini bukan sesuatu yang membebankan, yang mendatangkan stress. Buat sesuatu yang kita minat dan membuatkan kita teruja setiap hari. Minat boleh mengelak kita mudah jadi bosan, terutama apabila berdepan halangan dalam perniagaan.

Menjalankan perniagaan yang diminati juga satu motivasi untuk benar-benar berusaha untuk kejayaan. Selain itu, apa yang kita minat mendorong kita tidak hanya menganggap itu sebagai satu cara mencari rezeki, tetapi juga memenuhi keinginan.


SUKUK SURAT HUTANG ISLAM


Sukuk  adalah sijil kewangan dan surat hutang Islam. Konsep sukuk  bersesuaian dengan syariah Islam dan prinsip pelaburan yang melarang pembayaran riba. Sukuk  telah  berkembang  menjadi antara  kaedah pembiayaan pelaburan berasaskan prinsip syariah Permintaan kepada sukuk telah berkembang pesat beberapa tahun kebelakangan ini kerana menjadi antara peluang  pelaburan yang menawarkan risiko rendah, pendapatan tetap serta berlandaskan prinsip diterima Islam.

Definisi sukuk - sijil  bernilai sama dengan sebahagian atau keseluruhan dari kepemilikan harta berwujud  untuk mendapatkan hasil dan jasa di dalam kepemilikan aset dari projek tertentu atau aktiviti pelaburan khusus, sijil ini berlaku setelah menerima nilai sukuk, disaat  jatuh tempoh dengan menerima dana sepenuhnya sesuai dengan tujuan sukuk tersebut.

Sukuk  juga  dikenali  bon patuh syariah. Terdapat beberapa persamaan antara sukuk dengan bon konvensional. Persamaan tersebut ialah ia selalu  mempunyai  tempoh  matang  (term maturity), mempunyai kupon keuntungan, serta boleh dijual beli pada harga hasil (yield price).

Walaubagaimanapun perbezaan utama antara sukuk dengan bon konvesional ialah bon  konvensional merupakan tuntutan  seorang pelabur pada aliran wang di masa  hadapan kepada  pihak  yang menerbitkan bon tersebut. Kontrak antara pelabur dengan  penerbit  adalah kontrak seorang penghutang dan pemiutang. Sebagai  contoh  seorang  pelabur  melanggan bon bernilai RM1000 dan setiap tahun  akan diberikan faedah sebanyak RM100 sekiranya kadar faedahnya 10% sehingga tempoh  matang. Setelah  bon itu matang pelabur akan diberikan faedah tahun  itu serta dibayar semula  harga hasil bon tersebut iaitu RM1000.

Bagi sukuk  pula, kaedah pengiraan untung adalah serupa dengan bon konvensional, akan tetapi di dalam kontrak sukuk, tuntutan seorang pelabur bukan  pada aliran wang tunai semata-mata, akan tetapi tuntutan seorang pelabur  adalah  pada manfaat sebuah aset yang digunakan oleh wang yang
dijana melalui  kaedah pembiayaan sukuk.

Di dalam kontrak sukuk, wang yang dijana daripada terbitan sukuk akan digunakan untuk membeli sesebuah aset. Kemudian  pemegang  sijil sukuk  mempunyai  tuntutan  ke atas manfaat yang dijana aset  tersebut mengikut kadar pelaburan pelabur tersebut. Contohnya sekiranya  pelabur  melanggan RM1000 dengan perjanjian kadar profit margin 10%, pelabur  akan  menerima  RM100 setiap tahun dan RM1100 pada tempoh matang.

Sukuk juga telah distruktur di mana terbitannya bukan pertukaran antara wang dengan  dengan sijil semata-mata akan tetapi ianya berdasarkan kepada pertukaran aset yang telah diluluskan dengan beberapa timbangan pembiayaan di mana  akan  membolehkan  pelabur menerima keuntungan daripada transaksi tersebut.

Satu  lagi aspek yang membezakan antara sukuk dan bon konvensional ialah di dalam situasi  di mana penerbit bon tidak dapat membayar balik hutang dan faedah kepada pelabur/pemiutang   pelabur akan kehilangan kesemua pelaburannya kerana kontrak bon biasanya tiada jaminan aset yang boleh dicagar untuk mendapatkan  semula  pokok  pelaburan.

Di dalam sukuk pula, tidak boleh tidak di dalam kontrak sukuk mesti terdapat jaminan bahawa wang yang  dijana daripada pelabur digunakan untuk membeli sebuah aset yang mana keuntungan pelabur datang daripada manfaat aset tersebut. Sekiranya situasi buruk berlaku, pelabur masih dapat tuntutan sebahagian pelaburan mereka dengan mencagarkan aset yang menjadi jaminan kepada kontrak sukuk tersebut.

Jenis-jenis Sukuk yang terdapat pada masa kini:
- Sukuk Ijarah: Menyewakan hak manfaat aset kepada pihak lain berdasarkan harga dan tempoh yang disepakati
- Sukuk Mudharabah: Perjanjian Kerjasama antara dua pihak iaitu pemodal dan pengelola modal
- Sukuk Musyarakah: Kerjasama dua pihak dengan menggabungkan sebuah modal untuk sebuah motivasi.
- Sukuk Istisna: Kesepakatan jual beli dalam rangka pembiayaan suatu projek barang.

Kesimpulan
Pelaburan   sukuk merupakan   antara   pelaburan  ideal  bagi  pelabur  yang menghendaki  pulangan pelaburan tetap dengan risiko yang rendah serta yang Patuh Syariah.

Walaubagaimanapun,  terdapat  juga  kontroversi  dan kritikan  mengenai  beberapa  jenis struktur sukuk yang dikatakan miripnya terlalu  hampir dengan riba oleh Syeikh Taqi Usmani. Oleh itu sebelum anda membuat  keputusan mengenai pelaburan anda, bolehlah membuat sedikit kajian mengenai  instrumen  sukuk  yang  anda  minati. Di  Malaysia ini, cukuplah sekiranya  sukuk itu telah diluluskan  oleh  Shariah  Board  Suruhanjaya Sekuriti  Malaysia. Anda  sudah  boleh  meyakinkan diri anda untuk melabur dalam sukuk tersebut.

Tuesday 5 September 2017

HAJAT KEKAL BAHAGIA MUSNAH


Pasangan suami isteri tentu ingin ikatan perkahwinan kekal sampai ke akhir hayat. Namun, tidak semua hajat tercapai sehingga terpaksa berakhir dengan perceraian memutuskan tali akad nikah.

Lafaz cerai pengakhir hubungan setelah tidak ada jalan pendamaian dapat dilakukan atas alasan munsabah dan wajar.  Di sebalik itu ada juga perceraian berlaku disebabkan perkara remah yang tidak wajar diterima, tetapi itulah hakikatnya sepertimana yang dicatatkan di Mahkamah Syariah sebagai punca cerai.

Mahligai yang dibina atas dasar cinta pastinya mempunyai impian yang ingin dilaksanakan. Berjanji sehidup semati, mengharungi dugaan bersama. Alam perkahwinan terlalu banyak perbezaan dengan alam percintaan.

Walaupun percerian dibenarkan dalam Islam, ia amat ditegah.  Perkara halal paling dibenci Allah SWT ialah talak.

Antara perceraian berlaku kerana kebanyakan individu yang mendirikan rumah tangga didapati tidak memahami atau mengetahui falsafah sebenar perkahwinan.

Perkahwinan yang diasaskan kepada nafsu semata-mata tidak dapat menjamin kelangusngan rumah tanggan.  Maka, setiap pasangan perlu melengkapkan diri dengan ilmu agama dan rumah tangga sebelum melangsungkan perkahwinan bagi mengurangkan kes perceraian.

Perkara ini tidak boleh dipandang mudah.  Institusi keluarga adalah asas pembangunan negara dan kalau institusi keluarga berjalan dengan baik, negara pun akan jadi lebih baik.

Pengetahuan agama penting untuk mengelak berlaku gejala sosial seperti seks bebas, penyalahgunaan dadah dan minum arak dalam kalangan belia Islam kini berada pada tahap membimbangkan. 

Persefahaman serta perbincangan amatlah penting antara pasangan suami isteri. Walaupun perkara kecil yang dianggap perkara remeh. 

Masalah yang timbul boleh diselesaikan jika pasangan menitik beratkan setiap isu yang menjadi punca persengketaan. Persiapkan diri dalam apa jua rintangan sebagai pasangan suami isteri.

TIDAK BALAS BIAR DIHINA


Individu dihina dan dimalukan pihak lain, dinasihatkan tidak membalas kembali memalukan atau menghina orang itu dengan apa yang kita tahu kelemahan dan keburukan orang itu. Perbuatan membalas kembali tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya bertambah kusut.

Maksud hadis: "Jika ada seseorang yang menghinamu dan mempermalukanmu dengan sesuatu yang dia ketahui ada padamu, maka janganlah engkau membalasnya dengan sesuatu yang engkau ketahui ada padanya. Akibat buruk biarlah dia yang menanggungnya.” (Hadis riwayat Abu Daud no. 4084 dan Tirmidzi no. 2722.  Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih. Al Hafizh Ibnu Hajar menyatakan bahawa hadis ini sahih).

Dosa perbuatan menghina adalah termasuk perbuatan sombong. Mereka menghina orang lain kerana berasa diri lebih hebat dan lebih berbanding orang dihina. Orang sombong tidak akan dipandang Allah di akhirat nanti. Kepada siapa mereka ingin memohon pertolongan di akhirat jika tidak lagi diperdulikan Allah?

Sabda Rasul SAW: “Sombong adalah sikap menolak kebenaran dan meremehkan manusia.” (Hadis Riwayat Muslim no. 91).

Perbuatan menghina atau merendahkan orang lain ditegah sama sekali. Mungkin orang dihina itu lebih baik berbanding orang menghina. Tindakan menghina akan kembali kepada orang melakukan kerana akan ada pihak lain mencari kesalahan atau kelemahanya untuk didedahkan.

Firman Allah SWT bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik.” (Surah  Al Hujurat: 11).


Juahi sikap menghina dan merendahkan orang lain. Sesungguhnya Allah tidak melihat berdasarkan kekayaan dan kedudukan terhormat di mata manusia, sebaliknya yang dinilai dan diterima Allah hanyalah takwa dan amalan soleh. 

DITEGAH HINA ORANG LAIN


Orang bertaraf tinggi, kaya, berpangkat besar mahupun bijak tiada hak untuk menghina orang lain yang berkedudukan rendah. Mungkin orang dihina itu lebih baik kedudukannya di sisi Allah yang tidak memandang taraf berdasarkan keinginan manusia, sebaliknya melihat tingginya takwa.

Dalam surat Al Hujurat, Allah SWT memberikan kita petunjuk dalam berakhlak yang baik. Firman Allah SWT bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik.” (Surah  Al Hujurat: 11)

Ibnu Katsir berkata bahwa ayat di atas bermaksud larangan menghina orang lain. Sifat melecehkan dan menghina termasuk dalam kategori sombong sebagaimana sabda Rasul SAW:  “Sombong adalah sikap menolak kebenaran dan meremehkan manusia.” (Hadis Riwayat Muslim no. 91).

Ingatlah orang  jadi mulia di sisi Allah dengan ilmu dan takwa. Jangan sampai orang lain dihina dan dipandang rendah. Allah SWT berfirman:“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kalian dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (Surah Al Mujadilah: 11)

Seorang bekas budak suruhan pun boleh jadi mulia dari yang lain lantaran ilmu. Cuba perhatikan kisah seorang bekas budak suruhan ini.

Dari Nafi’ bin ‘Abdil Harits, ia pernah bertemu dengan Umar.  Umar memerintahkan Nafi’ untuk mengurus Makkah. Umar pun bertanya, “Siapakah yang mengurus penduduk Al Wadi?” “Ibnu Abza”, jawab Nafi’. Umar balik bertanya, “Siapakah Ibnu Abza?” “Ia adalah salah seorang bekas budak dari budak-budak kami”, jawab Nafi’.

Umar pun berkata, “Kenapa kalian menyuruh bekas budak untuk mengurus seperti itu?” Nafi’ menjawab, “Ia adalah seorang yang faham Kitabullah. Dia juga faham ilmu faraid (hukum waris).”

Umar pun berkata bahawa sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda, “Sesungguhnya suatu kaum boleh dimuliakan oleh Allah lantaran kitab ini, sebaliknya mungkin  dihinakan pula kerananya.” (Hadis Riwayat Muslim no. 817).

Monday 4 September 2017

Dosa tidak bayar hutang

Dosa tidak membayar hutang dengan sengaja amat besar. Allah tidak mengampun dosa kesalahan berkaitan hutang, selagi tidak dijelaskan atau pemberi hutang merelakannya. 

Sabda Rasulullah bermaksud: “Semua dosa orang yang mati syahid akan diampuni melainkan hutangnya.” - (Hadis riwayat Muslim). 

Roh penghutang yang sengaja tidak mahu membayar hutangnya, sedangkan dia mampu menjelaskannya, akan tergantung di antara langit dan bumi, selagi hutang itu tidak dijelaskan oleh warisnya atau dihalalkan oleh pemiutang. 

Maka wajib bagi waris menjelaskan hutang si mati menggunakan harta peninggalannya. Haram bagi waris mendapatkan harta peninggalan si mati yang masih mempunyai hutang. Harta itu perlu digunakan untuk membayar hutang, dan jika ada baki baru boleh diagih-agihkan kepada waris.

Pun, bagi pemiutang yang ingin menghalalkan hutang si mati atau yang hidup sekalipun, dengan kerana sesuatu sebab difikirkan perlu, maka sikap itu adalah lebih baik baginya. 

Tegasnya, biarpun berhutang itu harus, ia tidak digalakkan. Berhutang harus jika ia satu keperluan yang membawa kebaikan.  

Berbelanjalah mengikut kemampun. Allah tidak suka hamba-Nya yang berlebih-lebihan dalam soal makan dan perbelanjaan.