Saturday, 5 September 2026

IKAN PUYU SIAM

 
Ikan puyu Siam. Ikan puyu (Anabas testudineus) yang diternak di Thailand terkenal dengan saiz besar dan banyak isi. Sebab itu, banyak penternak ikan puyu di Malaysia akan mengimport baka ikan puyu dari Siam untuk diternak dan mendapat hasil yang lebih lumayan.

Baka ikan puyu Siam sebenarnya sama dengan spesies dengan puyu liar yang terdapat di Malaysia. Dinamakan ikan puyu Siam kerana ada ciri-ciri khusus yang membezakan dengan puyu tempatan.

Ciri utama puyu Siam adalah berukuran besar. Mengapa ukurannya lebih besar? Sebenarnya, ukuran besar itu terjadi melalui cara pembiakan terpilih dan diberikan makanan tinggi protein.

Cara itu dapat mengekalkan saiz dan bentuk maksimum atau cuba untuk capai saiz lebih luar biasa berbanding generasi sebelumnya.

Bagaimanapun, saiz besar itu tidak berkekalan menjadi ciri untuk baka atau generasi seterusnya. Jika baka puyu siam dilepaskan ke perairan bebas dan hidup "berdikari", ikan puyu Siam itu beransur-ansur kembali jadi macam puyu liar biasa.


No comments:

Post a Comment