Sebenarnya kerbau berendam dalam lumpur atau air kerana ingin menyejukkan badan. Sebab itu, kerbau berkubang semasa tengah hari yang panas. Justeru, tidak pula kerbau berkubang dalam lumpur semasa hari hujan.
Tahukah anda, kerbau akan membuat sendiri
kubang untuk berkubang jika di kawasan itu tidak ada kubang atau lumpur. Kerbau
akan mencari lopak air dan mula berguling di tempat itu.
Pada masa sama kerbau akan menyondol dengan
tanduk dan kepalanya untuk membina lubang yang lebih luas. Masa hari hujan, air
akan bertakung dan memudahkan lagi kerbau berkubang dan terus meluas serta
mendalamkan kubang yang dibuat itu.
Kubang yang dibuat kerbau itu digunakan
secara berterusan seperti sebuah ‘rumah’ untuk ‘berteduh’ semasa panas. Sebab
itu ada kubang di tengah-tengah padang atau bendang.
No comments:
Post a Comment