Sebab itu, jika mahu bercakap soal
kesamarataan atau keadilan antara kaum di negara ini, tolong semak fakta dulu.
Tengok di mana kedudukan ekonomi dan sosial kaum masing-masing.
Sedangkan golongan yang benar-benar
miskin, ketinggalan dan terpinggir daripada serba serbi ialah kaum Melayu dan
bumiputera yang merupakan penduduk asal di negara ini. Tetapi mereka yang
benar-benar miskin dan terpinggir ini tidak pula berdemonstrasi atau melakukan
protes.
Pemimpin-pemimpin politik ini jika
rajin berjalan ke seluruh negara tentunya boleh melihat di mana kedudukan kaum
mereka dari segi ekonomi. Pergilah ke bandar-bandar dan pekan-pekan kecil di
seluruh negara. Tengok siapa tuan punyai kedai, basikal, kedai runcit, pasar
mini, bengkel motosikal dan pelbagai perniagaan lain lagi.
Milik Melayu ada tetapi tidak
sebanyak yang dimiliki kaum lain. Sebab itu, untuk memastikan jurang ekonomi
antara bumiputera dan bukan bumiputera tidak terus membesar perlu ada dasar
seperti DEB. Ia supaya ekonomi tidak dikuasai kaum tertentu sahaja.
Jika dengan dasar seperti DEB pun
Melayunya masih kekal sebagai termiskin dan termundur, bayangkan jika dasar ini
tidak ada. Mungkin 100 peratus yang berpendapatan di bawah RM1,000 itu adalah
Melayu.
DEB langsung tidak menjadikan kaum
lain lebih miskin. Malah melalui DEB ekonomi mereka bertambah baik. Sebabnya,
melalui DEB, ekonomi Melayu bertambah baik. Apabila ekonomi Melayu meningkat
kaum lain turut mendapat faedahnya.
Orang Melayu yang bekerja keras
membanting tulang menoreh getah dan mengerjakan sawah. Tetapi mereka bukan
pemilik kilang padi yang tersergam indah di tepi sawah. Malah sebahagian besar
kedai-kedai dan kilang getah di seluruh negara bukan milik orang Melayu.
Jadi di mana yang tidak adilnya
dengan dasar dan agihan ekonomi di negara ini? Di mana letaknya diskriminasi
dalam dasar-dasar yang digubal kerajaan seperti DEB?
Berfikirlah dengan minda yang
terbuka. Apa juga dasar yang dilihat sebagai memihak kepada bumiputera ia
sekadar untuk memastikan golongan ini mampu bersaing dan tidak ketinggalan
terlalu jauh.
Dasar-dasar ini tidak sama sekali
untuk menjadi Melayu jauh lebih kaya atau lebih berjaya daripada Cina atau
India terpinggir begitu sahaja.
No comments:
Post a Comment