Kita
tidak selamanya kuat. Kekuatan tenaga lelaki menurun seiring dengan peningkatan
umur, tetapi bukan faktor mutlak.
Terdapat
lelaki sudah lemah tenaga seawal usia 30-an. Keadaan itu dikenali lemah tenaga
batin atau mati pucuk. Ada juga lelaki masih mengekalkan tenaga kelelakian biarpun
usia telah melepasi 70 an.
Masalah
mati pucuk pada usia muda atau pertengahan berpunca dari banyak sebab. Masalah
jantung, darah tinggi dan kencing manis banyak jadi punca masalah tenaga
lelaki.
Gaya
hidup tidak sihat seperti merokok, kurang tidur, tekanan perasaan, kurang rehat
dan kurang mengambil pemakanan berzat juga punca kemerosotan tenaga batin.
Untuk
kembali bertenaga, amalkan cara hidup sihat. Amal bersukan dan elak memakan
makanan boleh mendatangkan keburukan kepada kesihatan. Kawal makan untuk
mengelak kegemukan.
Ketika
usia semakin meningkat, utamakan pengambilan makan berzat atau pemakanan
tambahan. Ambil pil atau minuman mengandungi herba untuk meningkatkan tenaga
kelelakian.
Namun,
jangan terpengaruh dengan ubat kuat menjanjikan kuasa hebat yang dicampur
dengan barang terlarang boleh mendatangkan bahaya sehingga ada menyebabkan
maut.
Pergi
jumpa doktor sakit tuan dan bincang cara untuk mengubatinya. Banyak cara
selamat boleh dilakukan untuk memulih tenaga batin. Kosnya berbaloi dan tidak
melibatkan prosedur rumit. Hidup kembali ceria dan bermakna.
Usaha
rawatan lemah tenaga batin banyak berjaya. Pesakit lemah tenaga batin boleh
kembali normal selepas mendapat rawatan. Bahkan ada yang mengalami pengalaman
prestasi tenaga kelelakian terbaik sepanjang hidup yang telah dilalui.
Dengan
kata lain, peluang sembuh dan kembali bertenaga masih terbuka kepada mereka
mengalami masalah tenaga lelaki.
Apa
yang penting ialah dapatkan rawatan sewajarnya. Jangan mudah menekan butang
panik apabila berdepan situasi lemah kuasa kelelakian.
Dalam
menangani soal lemah tenaga batin jangan terlalu tertekan. Terima seadanya apa
yang dialami. Sedarlah hakikat keadaan tubuh semakin lemah disebabkan pelbagai
penyakit. Jangan fikir kehendak masih ikut nafsu muda, sedangkan umur semakin
meningkat.
No comments:
Post a Comment