Jajahan (daerah) Tumpat salah satu jajahan di
Kelantan. Daerah Tumpat dipisahkan bersempadan dengan daerah Kota Bharu, daerah
Pasir Mas dan negara Thailand.
Tumpat dan Kota Bharu dipisahkan oleh Sungai
Kelantan dengan Jambatan Sultan Yahya Petra sebagai penghubung. Dihubungkan dengan
Pasir Mas menggunakan Jalan Kutan dan Jalan Kg. Jambu. Tumpat dipisahkan dengan
Thailand oleh sempadan Sungai Golok yang hanya boleh menggunakan feri dan bot
sebagai penghubung.
Jajahan Tumpat ditadbirkan melalui tujuh
daerah (mukim) penggawa dan dibahagikan kepada 30 mukim. Di setiap mukim (kampung)
ini pula terdapat beberapa buah kampung yang kesemuanya berjumlah 57 buah dan
setiap kampung diketuai oleh seorang penghulu (ketua kampung) yang bertindak
sebagai penghubung antara rakyat dan pentadbiran jajahan.
Memandangkan kedudukan bersebelahan bandar Kota Bharu yang menjadi ibu negeri Kelantan dan pusat perekonomian, kebanyakan penduduk Tumpat banyak berurusan di Kota Bharu, termasuk mencari rezeki.
Memandangkan kedudukan bersebelahan bandar Kota Bharu yang menjadi ibu negeri Kelantan dan pusat perekonomian, kebanyakan penduduk Tumpat banyak berurusan di Kota Bharu, termasuk mencari rezeki.
Penduduk yang tinggal di Pasir Pekan, Wakaf
Bharu dan kawasan sekitar akan berurusan di Kota Bharu, berbanding pergi ke
bandar Tumpat. Maka, jadilah bandar Tumpat sebagai bandar 'mati'. Jarang sangat
orang masuk ke bandar Tumpat.
Dahulu Tumpat cukup terkenal kerana menjadi
perhentian terakhir perjalanan kereta api. Penduduk Kota Bharu perlu ke Wakaf
Bharu jika ingin menggunakan perkhidmatan kereta api.
Malah, di Tumpat juga pernah wujud sebuah
pelabuhan yang menjadi nadi aktiviti import eksport negeri Kelantan.
Jajahan Tumpat adalah satu-satunya jajahan
yang paling kecil antara jajahan di Negeri Kelantan dengan keluasannya hanya
169.5 kilometer persegi.
Bagaimana pun Tumpat merupakan jajahan yang
paling unik sekali kerana mempunyai dataran dan beratus-ratus buah pulau sungai
(river island) yang tidak berbukit yang amat sesuai serta berpotensi untuk
dijadikan kawasan pelancongan.
Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubur salah satu
daya tarikan ke Tumpat selain keindahan Pantai Sri Tujuh dan Pantai Sri Genting.
Di Tumpat terdapat beberapa buah wat Buddha yang
berstatus besar yang menjadi tarikan pelancongan dari luar negara. Tumpat adalah
daerah paling ramai dihuni penduduk menganut agama Buddha.
No comments:
Post a Comment