Monday, 27 September 2021

CARA ELAK AIR TUAK MENJADI CEPAT MASAM

  
Dua jenis tuak atau nira terkenal ialah dari pokok kelapa dan nipah. Tuak juga diperoleh dari pokok kurma, tal dan kabung. 
 
Di Kelantan, secara tradisinyapermintaan terhadap tuak amat tinggi pada bulan Ramadan. Permintaan melebihi penawaran sehingga ada yang kecewa tidak mendapat bekalan untuk berbuka. 

Namun sekarang ini tuak ada dijual sepanjang tahun. Antara lokasi menjual tuak sepanjang tahun ialah di Kampung Kemumin, Pengkalan Chepa. 

Dua jenis tuak yang ada di sini ialah tuak nipah dan tuak kelapa. Tuak nipah diambil dari pokok nipah yang banyak terdapat di tepi atau kawasan lembah di sepanjang Sungai Pengkalan Datu. 

Proses menghasilkan air tuak dari pokok nipah mengambil masa lama kerana tuak yang keluar dari tandan yang dipotong hanya menitis perlahan. Setandan pokok mampu mengeluarkan sehingga satu liter air sehari. 
 
Air tuak itu dicampur sedikit kepingan kayu cengal yang dinamakan ‘laghu’ (laru) untuk mengelak ia cepat masam. 

Selain itu, untuk mengekalkan kesegaran air tuak, boleh juga disimpan dalam peti sejuk.

No comments:

Post a Comment