Sunday, 31 October 2021

PERBEZAAN KUIH SPERA DENGAN KARIPAP

  
Banyak orang yang hanya tahu makan tanpa mengetahui nama sebenar kuih. Ada tu, mempertikaikan mengapa rasa lain berbanding yang biasa dimakan. 
 
Rasa berbeza sebabnya kuih itu namanya berbeza berbanding yang biasa dimakan. Jadi, lainlah rasanya, biarpun rupanya hampir sama. 
 
Antara jenis kuih yang banyak orang tertukar ialah kuih karipap dengan kuih spera. Kedua-duanya memang agak sama jika dilihat dari luar. 
 
Kalaupun ada perbezaan dari segi bentuknya, ialah gemuk dengan leper serta lonjong. Itupun jika si pembuatnya membuat dalam bentuk begitu untuk membezakan. 
 
Sebenarnya, karipap dan spera menggunakan adunan tepung yang sama untuk membuat ‘kulit’. Apa yang membezakan ialah inti di dalam. 
 
Ada juga yang mengatakan sedikit perbezaan dari segi bentuk, iaitu karipap lebih ‘gemuk’ dan spera pula ‘kurus’ serta lonjong. 
 
Inti karipap adalah keledek, daging atau sarding yang dimasak dengan rempah. Bentuknya lebih ‘gemuk’ atau nampak berisi. 
 
Manakala spera pula intinya kelapa pedas macam cucur badak. Bentuknya leper atau ‘kurus’ dan lebih lonjong. 
 
Jadi, jika membeli kuih di pasar, pastikan apa yang dijual itu karipap atau spera. Kalau tak tahu, kena tanya. 
 
Lainlah jika tidak kisah tentang intinya. Tidak kiralah karipap atau spera, asal boleh dimakan. Kalau macam tu boleh pakai tunjuk sahaja. Nasiblah sama ada karipap atau spera.

No comments:

Post a Comment