Tuesday, 19 December 2023

DURIAN D2 DATO NINA

 
Varieti Durian D2 atau lebih dikenali durian Dato Nina berasal dari Melaka. Didaftarkan di Jabatan Pertanian pada 1934. Varieti kedua didaftarkan di Malaya. Durian D2 kini sukar untuk ditemui kerana penanam durian lebih mengutamakan varieti lain yang lebih mendapat permintaan dan harga lebih mahal. 

Ciri buah bulat bersaiz sederhana besar. Umumnya warna hujung duri adalah perang dan di bahagian tengah serta hujung duri berwarna hijau gangsa. Duri pendek dan kulit nipis. Tangkai buah berukuran pendek. 

Penghasilan setiap pokok agak rendah. Mutu buahnya sangat baik. Namun, sukar untuk dikopek atau dibuka, terutama buah yang baharu gugur.

Apabila buah yang masak dikopek, akan kelihatan isinya yang berwarna oren atau kuning keemasan. Rasanya memang sangat manis atau lemak manis. Isinya memang berbeza sekali kerana ia dari jenis yang isinya sangat tebal dan kalau makan satu ulas sudah rasa amat memuaskan.

Rasa varieti D2 ini memang ada sedikit rasa pahit dan rasa lemaknya juga agak sederhana. Varieti ini mempunyai tekstur buah yang halus dan memang berbaloi membelinya. DIlihat dari segi kepejalan isi, varieti Dato Nina dalam kategori buah 'isi lembik'. 



No comments:

Post a Comment