Tuesday, 19 December 2023

DURIAN D7

 
Durian D7 berasal dari Kajang, Selangor. Buah durian yang sederhana besar dan berbentuk oblong ini didaftarkan di Jabatan Pertanian pada 1934. Ciri lain D7 ialah duri bersaiz besar dan kulit tebal, tetapi mudah dikopek. 

Kulit berwarna kekuningan apabila matang. Garis pangsanya kehitaman nyata pada kulit. Selain itu tangkai buah sedikit panjang. Mempunyai rasa isi yang sedap dan lemak manis. Kualiti penyimpanan buah adalah rendah.


No comments:

Post a Comment