Durian D144 hasil kacukan D2 (Datuk Nina) dengan D24.
Varieti ni berasal darI PPK Serdang. Ia didaftarkan di Jabatan Pertanian pada
tahun 1981.
Disebabkan varieti ini terhasil daripada pendebungaan silang.
ia dikenali sebagai hibrid 7. Hasil persilangan (cross pollination) dari induk
D2 menjadikan tesktur isinya yang hampir sama.
Ciri buah ini adalah besar, berbentuk jantung, berwarna
perang dan duri sederhana besar.
Isinya berwarna oren terang, tebal, dan mempunyai tekstur
yang berlemak dan berkrim seperti D24, dengan sedikit rasa kopi susu dan aroma
beri.
Tekstur daging durian ini agak pejal dari luar, namun bila
makan terasa serat isinya yang halus, krim dan berlemak.
Varieti ini terkenal kerana pernah menewaskan Musang King
dalam pertandingan durian di Serdang pada tahun 1993.
Kredit pemilik gambar.


No comments:
Post a Comment