Saturday, 22 June 2024

DURIAN D99 KOP KECIL

 
Durian D99 merupakan salah satu klon durian yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian untuk ditanam secara komersial. 

Klon Durian D99 juga dikenali sebagai kop kecil. Ia didaftarkan dalam Senarai Varieti Kebangsaan pada 17 Jun 1970. Durian ini berasal dari negara jiran iaitu Thailand. 

Durian D99 mempunyai saiz sederhana besar, berbentuk bulat dan berat sekitar 1 hingga 2.5 kilogram. 

Kulit berwarna hijau gangsa dan mempunyai duri yang halus dan tajam. Isinya berwarna kuning dan sederhana tebal.Rasa manis dan tekstur isinya halus dan lembek.

Pokok durian D99 sangat sesuai untuk dijadikan sumber pendebungaan silang kerana menghasilkan bunga yang lebat.

Wajib ditanam dalam dusun durian. Nisbah yang baik adalah satu pokok ini ditanam lima pokok klon durian yang lain. Ditanam secara rawak.



No comments:

Post a Comment