Thursday 18 July 2024

DURIAN D206 TOK MERAH

 
Durian D206 juga dikenali dengan nama durian tok merah merupakan salah satu durian kampung terbaik dari Segamat. Ia juga dikenali juga dengan nama kasap merah yang menunjukkan ia berasal dari mukim Buloh Kasap, Segamat. Pokok asal durian ini berasal daripada pokok durian kepunyaan Tok Merah di Kg. Padang Kiambang, Kg. Spang Loi, Buloh Kasap Segamat.

Buah atau isi durian ini tidak berwarna merah seperti namanya tetapi isinya berwarna kuning cair, berbiji kesep, rasanya pahit manis serta bergas, berisi tebal serta cair dan sungguh menyelerakan.

Durian tok merah ini banyak ditanam di kawasan Buloh Kasap dan sekitarnya. Jika berkunjung ke Buloh Kasap semasa musim durian tidak lengkap sekiranya tidak merasai durian tok merah atau kasap merah ini.

Durian D206 didaftarkan di Jabatan Pertanian pada 2019 oleh Sharuddin bin Hussein. 






No comments:

Post a Comment