
Durian D183 kok besar. Varieti ini berasal dari Kota Sarang Semut, Kedah. Klon ini didaftarkan di Jabatan Pertanian pada tahun 1991 oleh individu dikenali Ahmad.
D183 kop besar merupakan antara varieti durian terbesar dalam daftar varieti
durian kebangsaan Malaysia. Buahnya berbentuk bulat dengan purata berat 4 kg
dan julat antara 3 hingga 5 kg, menjadikannya antara durian paling berat yang
pernah didaftarkan.
Isi buahnya tebal, berwarna kuning, berasa lemak manis dan
bertekstur halus. Yang paling menarik, biji buahnya adalah biji kesep, iaitu
biji yang kecil dan tidak berkembang sepenuhnya, bermakna hampir keseluruhan
bahagian dalam setiap ulas adalah isi yang boleh dimakan.
No comments:
Post a Comment