Tuesday 9 July 2024

DURIAN D214 TUPAI KING 226

 
Durian D214 telah didaftarkan pada 26 Feb 2021 dengan Jabatan Pertanian oleh Chew Chee Wan. Biarpun didaftarkan sebagai D214, ia lebih dikenali dengan nama durian tupai  226 atau durian tupai king. Pokok baka ini berasal Sungai Ara, Pulau Pinang.
 
Tupai king. mengenjutkan ramai apabila buah durian itu dijual dengan anggaran harga runcit sehingga mencecah RM100 sekilogram. Pemilik pokok durian ini, Chew Chee Wan mendakwa durian ini dijangka memberi saingan kepada durian premium sedia ada iaitu musang king dan duri hitam berdasarkan res­pons diberikan penggemarnya.
 
Kini varieti durian tupai king sudah ada pe­langgan khusus setia dan rata-rata ‘hantu’ durian me­ngakui kombinasi rasa manis dan pahit yang tajam memberikan kenikmatan.
 
Tupai king memiliki isi berwarna sedikit kehitaman.
 
Warna isi jingga kekuningan yang tidak sekata dan hanya ada ada sedikit isi yang kebiruan atau sedikit kehitaman. Hal ini disebabkan warna isinya menyebabkan orang lain kecut perut untuk memakannya.
 
Sebab itu, kebiasaannya pelanggan akan menolak durian ini kerana menyangka ia sudah rosak dan tidak selamat untuk dimakan.
 
Walapun biji durian tupai king ni besar, isi setiap ulas pun boleh tahan tebal. Tiada biji yang kesep atau hampir semua biji size besar.
 
Isi buah boleh tahan 2-3 hari kerana kulit yang sungguh tebal. Buah agak susah untuk dibelah, tidak seperti durian lain. Kena belah atau buka ikut bangkal buah.



No comments:

Post a Comment