Thursday 18 July 2024

DURIAN D188 MDUR78

 
Durian D188 yang juga dikenali MDUR78 berasal dari MARDI Jerangau, Terengganu.  Klon ini didaftarkan di Jabatan Pertanian pada tahun 1991.  

Buah berbentuk bulat membujur, bersaiz sederhana (1.5 -1.8kg). Kulitnya tebal dan berwarna hijau muda kekuningan. Isinya tebal, besar (1-3 ulas/pangsa) bertekstur halus dan berwarna kuning.

Rasanya lemak manis dan aromanya sederhana. Saiz bijinya bijinya sederhana. Kulit merekah 70 jam selepas luruh. Peratus kandungan isi ialah 20 peratus.

 

No comments:

Post a Comment