Sunday 14 July 2024

DURIAN D11

 
Durian D11 tidak terdapat dalam daftar klon durian Jabatan Pertanian. Namun, dalam carian di internet, ada maklumat mengenai durian D11. Disebabkan tidak terdapat maklumat “sahih” di Jabatan Pertanian, ciri-ciri durian D11 mungkin berbeza-beza. Ia dikongsikan oleh peminat durian. 

Durian D11 adalah varieti yang sangat dicari peminatnya yang terkenal dengan rasa dan aroma yang luar biasa. Ia menjadi pilihan kerana teksturnya yang berkrim dan rasa manis yang memikat. Rasanya memang hebat dengan rasa manis dan sedikit kepahitan.

Durian D11 dikatakan paling popular di Pulau Pinang pada era 70-an. Ia mempunyai bentuk yang panjang. Secara amnya, durian D11 mempunyai biji besar. Isinya berwarna kuning air dan tidak terlalu tebal.

No comments:

Post a Comment