Sunday, 21 June 2026

DURIAN KAMPUNG TETAP MENDAPAT PILIHAN

 
Durian kampung tetap mendapat pilihan. Durian kampung merujuk kepada pokok dan buah durian yang tumbuh dan membesar daripada biji benih, bukannya melalui kaedah kahwin (klon). Selain ditanam, durian kampung biasanya tumbuh liar di dusun atau hutan.

Pokok durian kampung tahan lasak terhadap penyakit. Jika ditanam, tidak sukar untuk dijaga agar tumbuh membesar. Sebab itu pokoknya tahan lama sehingga berpuluh-puluh tahun. Batang pokoknya tinggi dan besar.

Pokok durian kampung biarpun tumbuh di kawasan yang sama daripada biji benih yang sama, tetapi ada kemungkinan kualiti pokok dan buahnya adalah tidak mewarisi ciri genetik induk secara tepat.

Jadi, begitu juga rasanya. Variasi rasa sangat meluas. Terdapat buah durian kampung yang rasanya sangat manis, lemak, pahit, atau sedikit hambar.

Saiznya secara purata lebih kecil berbanding durian premium, dengan bentuk buah dan isi yang tidak seragam. Bagaimanapun, jika pembajaan dilakukan dengan baik, saiznya boleh membesar seperti durian premium lain.

Biasanya dijual pada harga yang jauh lebih murah berbanding durian klon (seperti Musang King atau D24) kerana bekalannya yang banyak dan tidak menentu.

Pun begitu, durian kampung tetap mendapat permintaan tinggi di kalangan peminatnya. Rasanya yang sedap, tetapi harganya murah menjadikan ia pilihan.


No comments:

Post a Comment