Durian bunga merah kuala kangsar (BMKK). Satu klon yang
pernah mendapat tempat di hati penanam durian. Ia menarik dari segi rasa, warna
dan tekstur.
Namun, peminat durian tidak pernah berhenti menghasilkan
klon-klon baharu yang menjadikan BMKK tidak lagi dianggap terbaik, biarpun
hakikatnya amat baik.
BMKK belum didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia.
Jadi, klon ini belum ada nama pengenalan "D" dan nombor seperti
durian yang telah didaftarkan.
Bilangan pokok BMKK tidak banyak ditanam kerana tidak
disebarkan secara meluas oleh "pencipta" klon ini.
Kredit pemilik gambar

No comments:
Post a Comment