Itik
serati juga dikenali dengan nama itik surati, itik nila dan itik maskovy.
Itik serati jenis yang banyak dipelihara secara kecil-kecilan seperti ayam kampung
yang dibiarkan bebas. Sifatnya yang lasak dan ketahanannya terhadap penyakit
menjadikan itik serati sebagai ternakan pilihan oleh penternak di kawasan
kampung.
Dari
segi genetik, ia lebih menyerupai angsa berbanding itik. Ciri-ciri ketara pada
itik serati termasuk mukanya yang licin dan bonggol merah yang mengelilingi
mata dan paruh. Itik serati ini biasanya berbulu putih atau hitam
bertompok-tompok putih.
Itik
serati diternak untuk daging dan telurnya. Pembesarannya agak perlahan dan
secara umumnya ia mengambil masa selama 10-11 minggu bagi mencapai berat yang
sesuai untuk dijual.
Baka
itik serati dikatakan berasal dari benua Amerika. Ia mempunyai daging lebih 50%
dibandingkan dengan itik domestik yang lain dan daging tersebut juga
mengandungi kandungan lemak yang sangat rendah jika dibandingkan dengan spesis
itik yang lain.
Itik
serati diternak lebih kepada untuk mendapatkan dagingnya berbanding telur.
Daging itik serati adalah daging merah yang sangat berkualiti kerana
mengandungi kadar lemak yang sangat rendah dan tidak berminyak sekiranya
digoreng.
Saiz
itik serati agak besar iaitu boleh mencapai 6 kg bagi itik jantan manakala yang
betina sekitar 4 kg sahaja. Itik betina boleh terbang tinggi terutama semasa
mengeram kerana badannya yang ringan.
Itik
serati betina boleh bertelur sehingga 20 biji satu pusingan. Keistimewaan
berbanding itik jenis lain ialah ia mengeramkan telur-telurnya sendiri secara
semula jadi seperti ayam kampung. Tempoh pengeraman adalah selama lebih kurang
sebulan sebelum menetas. Itik serati juga menjaga anak-anaknya dengan baik.
No comments:
Post a Comment