Rahmat Allah SWT amat luas. Balasan pahala
disediakan kepada mereka melakukan kebaikan biarpun nampak kecil dan dipandang
muda. Setiap orang berpeluang melakukan kebaikan berdasarkan kemampuan
masing-masing asalkan dilakukan dengan ikhlas dan mengharapkan keredaan
Allah.
Sabda Nabi SAW bermaksud: “Sesungguhnya aku telah melihat seorang lelaki berguling-guling (bergembira) dalam syurga hanya kerana dia memotong dahan pokok di bahu jalan yang mengganggu manusia.” (Hadis riwayat Muslim)
Hadis ini mengisahkan seorang lelaki melalui sebatang jalan yang biasa dilalui kaum Muslimin dan terlihat sebatang dahan berduri seakan-akan mahu jatuh. Bimbang dahan itu jatuh dan menimpa orang ramai, lelaki berkenaan memotong dahan itu.
Disebabkan kebaikannya, Allah mengampuninya dan memasukkan dia ke syurga. Lelaki tadi kelihatannya membuat sedikit saja kebaikan, tetapi Allah merahmati dan membalas perbuatannya dengan nilai sangat besar iaitu syurga penuh kenikmatan.
Kita tidak tahu sebenarnya apakah amalan kita selama ini yang mendatangkan rahmat dan keredaan Allah. Mungkin rahmat dan reda Allah datang sewaktu kita mengukir senyuman kepada rakan, sewaktu memberi salam atau memimpin orang yang buta melintas jalan.
Jadi, meremehkan kebaikan kecil itu sebenarnya salah besar kerana siapa tahu, dengan kebaikan kecil itulah yang akan memberikan pahala besar, meraih rahmat dan reda Allah SWT.

Lakukan amalan yang ditunjukkan oleh
Rasulullah yang dikenali sunah atau hadis. Tidak perlu kita mencari kelainan
semata-mata untuk kelihatan dan dilihat hebat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa melakukan suatu amalan yang bukan ajaran kami, maka amalan tersebut tertolak” (Hadis riwayat Muslim).
Firman Allah SWT bermaksud: “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.” (Surah Az-Zalzalah, ayat 7-8).
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Apabila seseorang berjalan atas jalan, dia menjumpai ranting berduri lalu diambilnya (untuk dibuang), dan dia bersyukur kepada Allah, dan Allah mengampunkannya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

No comments:
Post a Comment