Kita
sedia maklum bahawa masa yang diperuntukkan oleh Allah kepada kita ada 3
sahaja. Iaitu yang sudah berlalu, yang sedang dilalui dan yang akan dilalui. Yang
sudah dilalui sudah pasti tidak akan dapat diulang atau diambil kembali.
Masa
yang akan dilalui belum tentu kita akan dapat tiba pada masa tersebut. Entah hari
ini, esok ataupun lusa kita akan kembali kepada Allah. Apa yang kita ada ialah
masa yang sedang dilalui sekarang ini.
Sesungguhnya,
dalam hidup ini masa terus bergerak, waktu yang pergi tidak akan kembali lagi.
Jadi,
manfaatkan sepenuhnya peluang dan ruang yang ada ini untuk mencari bekal
kehidupan akhirat dengan sebaiknya.
Masa
adalah di antara nikmat yang paling besar dalam hidup manusia. Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud “Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara”.
Salah
satu daripada lima perkara itu adalah ‘hidup sebelum mati’, justeru dalam hidup
ini di antara perkara yang paling berharga dan penting adalah berkaitan masa.
Apabila
berbicara tentang perkara berkaitan masa. Sesungguhnya Allah SWT telah
mengingatkan manusia dalam ayat al Quran surah As-Ashr yang bermaksud: “Demi
masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang
yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati
kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran”.
Ciri-ciri
manusia yang untung telah diperjelaskan oleh Allah SWT dalam ayat suci al-Quran
untuk mengingatkan manusia betapa pentingnya nikmat masa kepada manusia.
Iman
Hassan al Basri menukilkan tentang kepentingan masa melalui kata-kata
peringatan yang berbunyi “Wahai anak adam, sesungguhnya kamu terdiri daripada
bilah-bilah hari yang apabila sebahagian dari waktu dari diri kamu telah pergi,
bermakna sebahagian lagi dari diri kamu akan pergi menemui Allah SWT”.
Kata-kata
tersebut adalah satu peringatan kepada mukmin agar menggunakan masa sebaik
mungkin untuk memperhambakan diri kepada Allah dan melaksanakan amal ibadah
kepadaNya.
Sementara
itu, dalam ayat suci al-Quran menerusi surah al Furqan ayat 64, Allah SWT
berfirman yang bermaksud “Dan orang-orang yang menghabiskan waktu malam untuk
beribadah kepada Tuhan mereka dengan bersujud dan berdiri”.
Justeru
waktu siang dan malam adalah dua makhluk Allah yang tidak akan terpisah di
antara keduanya. Baik malam atau siang, keduanya berhubung melalui masa.
Oleh
itu, dengan adanya siang dan malam adalah untuk mukmin mencari kebaikan,
keberkatan dan manfaat untuk mengingati Allah SWT. Seseorang mukmin yang
masanya diberkati akan selalu berkecukupan waktu dalam kehidupan yang dijalani
sama ada dengan urusan-urusan duniannya mahupun urusan akhirat.
Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud “Barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai
keutamaan atau fokus dalam hidupnya, Allah akan menjadikan kepadanya kekayaan
dalam kehidupannya, bahkan dunia juga akan datang dan tunduk kepadanya. Dalam
waktu itu, Allah SWT menghimpunkan kesulitannya, digantikan dengan segala yang
memudahkan urusan kehidupan”.
Dalam
melalui lurah-lurah waktu yang tidak seorangpun tahu berapa banyak lagi nilai
usia yang masih tersisa, seseorang mukmin wajar sahaja menguruskan kehidupan
dengan cara yang bijaksana dan mengikuti amalan-amalan yang diajar oleh
Rasulullah SAW dan para salikin.
Waktu-waktu
yang diisi dengan beramal kepada Allah pasti akan ada ganjaran yang akan
mengubah manusia menjadi insan yang soleh.
Sebaiknya
masa yang Allah kurniakan, hendaklah digunakan untuk menyusun manfaat kepada
diri sendiri, menyebarkan kebaikan untuk dimanfaatkan oleh orang lain dan dalam
masa yang sama kebaikan yang dilakukan dikongsi oleh insan-insan yang lain
terutama anak-anak yang merupakan penjana saham kebaikan agar terus mengalir
walaupun kedua orang tua telah tidak ada lagi di dunia ini.
Waktu
yang diabaikan di dunia ini barangkali hanya satu kekurangan di dunia dan masih
ada waktu untuk bertaubat. Tetapi waktu yang tidak dimanfaatkan dengan
mengabdikan diri kepada Allah adalah satu penyelasan abadi kerana di akhirat
kelah telah tertutup segala pintu taubat dan tidak ada lagi jalan untuk
kembali.
No comments:
Post a Comment