Banyak
mitos atau pendapat mengenai kesan makan durian. Sebab itu ada orang tidak suka
makan durian dan setengah itu tidak boleh bau durian langsung sama ada durian
segar, tempoyak mahupun yang dicampurkan sedikit dalam budu.
Sebenarnya,
banyak kebaikan makan durian dari segi kesihatan. Namun, jika makan banyak,
sudah tentu akan memberi kesan buruk, terutama mereka yang mengidap penyakit
berbahaya.
Sebab
itu, Islam mengajar agar kita bersederhana dalam soal makan dan perkara lain.
Perlulah kita lebih berhati-hati jika sudah mengalami masalah kesihatan.
Makanan yang bagus bagi orang sihat, tetapi berbahaya kepada orang menghadapi
masalah fungsi organ.
Biarpun
terlalu suka makan durian, tidak bermakna kita perlu atau boleh mengabaikan
kesihatan. Jangan kerana musim durian hanya setahun sekali dan tempohnya tidak
lama, maka peluang makan durian digunakan sepenuhnya sehingga makan tidak ingat
dunia.
Panduan
makan durian:
-
Jangan mengambil isi durian bersama makanan tinggi karbohidrat (terutama
karbohidrat ringkas seperti kek manis atau minuman bergas).
Ini akan
menyebabkan peningkatan gula dengan cepat. Bagi mereka yang sihat mungkin akan mengalami
dehidrasi dan akhirnya pitam. Mereka yang mempunyai penyakit kronik ia sudah
pasti akan menyebabkan masalah yang sama.
-
Jangan mengambil isi durian bersama makanan atau minuman berkafein (seperti
kopi, kola, koko dan teh) kerana ia mungkin menyebabkan rangsangan jantung.
Kandungan potasium apabila bergabung dengan kafein menyebabkan kemudaratan pada
jantung. Ia mungkin tidak berlaku pada semua orang tetapi ia tetap boleh
berlaku.
-
Minum banyak air kosong. Tahap gula yang tinggi (terutama apabila memakan
terlalu banyak durian) boleh menyebabkan keadaan dehidrasi dan akhirnya
mendatangkan kemudaratan. Dengan minum air yang mencukupi, ia dapat mengelakkan
dehidrasi.
-
Bagi mereka yang mengambil ubat-ubatan, perlu berhati-hati kerana ada ubat yang
mudah diserap dalam badan apabila perut diisi dengan makanan dan ada ubat yang
perlu diambil ketika perut kosong. Jadi bertanyakan kepada doktor bagi
mengetahui bila sepatutnya diambil.
-
Bagi pesakit diabetes, memakan durian boleh menyebabkan peningkatan gula yang
tinggi dengan cepat. Oleh itu ubat-ubat diabetes harus diambil segera.
No comments:
Post a Comment