Sunday, 27 December 2020

KHASIAT POKOK KUCING GALAK

Nama pokok ini kucing galak (Acalypha Indica) merupakan satu tanaman herba yang berkhasiat. Pokok kucing galak juga dikenali dengan nama pokok ceka emas atau pokok chika emas. Jika di Indonesia ia dipanggil sebagai kucing-kucingan atau rumput bolong-bolong.

Dinamakan kucing galak ada kaitan dengan akarnya dikatakan boleh dihidu oleh kucing walaupun dari jauh. Kucing akan memakan akar kucing galak dengan berselera sekali. 

Akar kucing galak merupakan tonik tenaga kepada kucing seperti tongkat ali untuk manusia. Mungkin senario tersebut secara tak langsung menyebabkan tumbuhan herba ini dinamakan kucing galak.

Kucing betina pula memakan daun dan buahnya terutama selepas melahirkan anak bagi mengembalikan kekuatannya.

Pokok kucing galak tumbuh liar di negara yang beriklim tropika. Pokok ini memiliki batang yang lembut serta berdaun dan berbuah hijau.

Pokok ini selalunya senang tumbuh di kawasan terbiar berpasir, berhumus tinggi serta terdedah dengan cahaya penuh matahari. Selain itu, ia senang tumbuh di kawasan penempatan, pinggiran jalan dan kawasan lapang yang bercerun.

Keseluruhan pokok kucing galak bermula dari daun, buah dan akarnya amat berguna dalam perubatan yang boleh digunakan bagi merawat asma, batuk dan bronkaitis. Jika diamalkan memakan pucuknya, ia dikatakan boleh menambah tenaga.

Kandungan:
Akar - mengandungi saponin dan tannin
Batang - mengandungi flavonoida, saponin dan tannin
Daun- mengandungi minyak asiri, saponin dan tanin

Bahagian-bahagian dari tumbuhan ini memiliki fungsi yang cukup besar dalam menangani beberapa penyakit yang menyerang manusia.

Secara umumnya, cara mendapat manfaat kucing galak ialah:
- Ambil bahagian akar atau daun.
- Bersihkan terlebih dulu.
- Rebuskan akar atau daun tadi sampai ia mendidih.
- Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu suam. 
 
Kemudian, anda teruskan dengan langkah berikut mengikut tujuan yang dikehendaki: 
 
Ulser mulut 
Gunakan air rebusan tersebut untuk berkumur. Berkumur-kumurlah dengan air rebusan itu sebanyak 2 kali sehari. Iaitu pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur. Amalkan sehingga sembuh. 
 
Penyakit kulit
Basuh kawasan tubuh badan yang mengalami penyakit kulit menggunakan rebusan pokok kucing galak. Lakukan petua ini setiap hari dan teruskan sehingga anda benar-benar sembuh. 
 
Menguatkan tenaga batin dan badan kuat
Minum air rebusan akar atau daun pokok kucing galak. Amalkan meminum secara sederhana atau hanya apabila perlu. Sebagai contoh, minumlah segelas sebelum anda melakukan kerja berat dan tujuan lain yang seumpama dengannya. 
 
Sembelit
Minum air rebusan.separuh gelas waktu pagi dan separuh gelas waktu petang. Lakukan sehingga sembuh

No comments:

Post a Comment