Sunday 20 December 2020

CARA TANAM POKOK KACANG PELITA


Kacang pelita atau juga dipanggil kacang nisan adalah tanaman yang sukar didapati di pasar. Kacang pelita biasanya ditanam secara kecil-kecilan oleh penduduk kampung atau pekebun hobi bagi mendapatkan kacangnya untuk dijadikan sayur. 
 
Bahagian yang dimakan ialah keseluruhan kacang hingga ke tangkai. Sedap ditumis pedas dengan ikan bilis atau udang. Rasa kacang enak dan lemak-lemak. Petik kacang yang muda untuk dibuat sayur. 
 
Pokok kacang nisan jenis menjalar. Bunganya berwarna purple. Mula berbunga pada umur 2 bulan. Dipetik semasa masih muda. Hujung kacang bahagian putih akan keras bila matang dan itdak sesuai untuk makan. 
 
Direbus dahulu sebentar untuk hilangkan getah. Jangan masak lama. Bila lembik jadi tak sedap. Boleh dimasak pelbagai cara seperti dicampur bersama sambal bilis atau sam udang. Boleh juga digoreng bersama sayur lain jadi sayur campur. 
 
Juga sedap dicampur dalam masak lemak udang. Goreng belacan pun boleh juga. Bagi peminat kari, boleh dicampur dalam masakan kari. 
 
Cara pembiakan pokok kacang nisan ialah melalui biji benih yang sudah matang. Sebelum disemai, biji benih perlu direndam di dalam air selama 1 malam untuk lembutkan kulit biji benih yang keras. 
 
Kemudian semai di dalam bag plastik atau atas tapak semaian. Benih akan tumbuh dalam masa 2 minggu. Percambahan agak lambat kerana kulit biji benih keras dan tebal. 
 
Setelah tumbuh 5 helai daun, pindah anak pokok ke tanah. Boleh juga ditanam dalam bag plastik atau pasu. Paling baik jika ditanam di atas tanah yang gembur. 
 
Penjagaan pokok kacang pelita sama seperti pokok kacang lain. Ia akan mula mengeluarkan bunga selepas dua bulan ditanam.

No comments:

Post a Comment