Rasa
sakit setiap kali ingin membuang air besar pasti menyeksakan sesiapa saja,
malah menyebabkan pelbagai implikasi. Sembelit memang amat menyakitkan dan
dialami orang dewasa mahupun bayi dan kanak-kanak.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu membuang air besar kurang tiga kali seminggu dan golongan warga emas berusia 65 tahun ke atas dikatakan lebih berisiko mengalami sembelit.
Najis
akibat sembelit tidak semestinya bersifat keras, kering dan berketul namun
ramai penghidap sembelit perlu meneran dengan kuat setiap kali mengeluarkan
najis.
Sembelit
menyebabkan penghidapnya berasa tidak puas selepas membuang air besar selain
perut menjadi buncit atau kerap sakit perut.
Ia
juga boleh menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak
menyenangkan selain sukar menumpukan perhatian, mudah mengantuk, malas,
kelesuan yang kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah
kulit.
Jika
tidak diatasi dengan betul, sembelit menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat
menjadi kurang bernilai.
Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan
beban kepada hati untuk menjalankan proses penyahtoksin secara berkesan dan
hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukannya.
Sembelit
juga menyebabkan bahan bertoksik tidak dinyahkan dengan sempurna dari tubuh
secara cekap. Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan paras molekul radikal
bebas.
Najis
yang mengeras akibat sering mengalami sembelit mudah melekat pada dinding usus
besar dan boleh menyebabkan usus tersumbat.
Sembelit
didapati mampu menyebabkan pembentukan kanser usus besar dan kantung terbentuk
pada dinding kolon tanpa berlaku keradangan selain apendiks mengalami
keradangan.
Selain
itu, mengalami masalah sembelit yang berpanjangan turut menyebabkan bahan
bertoksin mengitari seluruh tubuh.
Ada
pelbagai punca sembelit namun yang paling utama ialah apabila sering
mengabaikan isyarat membuang air besar iaitu kerap menahan pembuangan najis.
Banyak
orang yang menangguhkan buang air besar kerana terlalu sibuk atau leka dengan
satu-satu perkara. Lama kelamaan ia akan menjadi tabiat yang boleh memberi
kesan negatif kepada diri. Kurang minum air dan makanan tinggi serat juga boleh
menyebabkan sembelit.
CARA
MENGATASI SEMBELIT
- Banyakkan minum air, sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Cara paling mudah adalah dengan memerhati isyarat tubuh dan minum apabila mula terasa dahaga. Jika air kencing mula berwarna kuning pekat, banyakkan minum air.
- Makan lebih banyak serat termasuk bijirin, roti gandum penuh, nasi dan sekurang-kurangnya lima hidangan buah dan sayuran sehari.
- Lakukan senaman secara kerap. Di samping mengurangkan tekanan, bersenam juga mampu meningkatkan kadar metabolisme dan apabila metabolisme meningkat, proses untuk membuang air besar juga semakin pantas.
- Buang air besar dengan mencangkung kerana ia mudah membantu mengeluarkan najis dari dubur berbanding cara duduk. Berbaring dan kaki dinaikkan ke atas juga merangsang otot untuk membantu mengelakkan sembelit.
- Mengambil makanan herba seperti halia dan kunyit yang boleh menguatkan fungsi hati, juga membantu mencegah sembelit.
- Jauhi rokok kerana perokok tegar mudah mengalami sembelit.
- Belajar menangani tekanan. Tekanan yang tidak terkawal boleh memberi kesan kepada fungsi badan.

No comments:
Post a Comment