Saturday, 23 May 2020

SK SRI BEMBAN, KOTA BHARU

Sekolah Kebangsaan Sri Bemban (SK Sri Bemban) terletak di Kampung Paya Rani, Jalan Abdul Kadir Adabi atau dahulunya dikenali Jalan Hospital. SK Sri Bemban diketegorikan Sekolah Gred A dan berada di lokasi bandar.

Sebelum dikenali dengan nama SK Sri Bemban, nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Paya Bemban. Penjenamaan semua nama sebagai SK Sri Bemban telah disempurnakan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 15 Julai 2006, selaku Menteri Pelajaran.

Pada tahun 1973, Tun Hussein Onn, bapa kepada Hishammuddin, yang ketika itu Menteri Pelajaran, telah merasmikan bangunan baharu dua tingkat SK Paya Bemban, sebagai tambahan kepada bangunan kayu yang tidak lagi mampu menampung pertambahan pelajar.

Ramai bertanya mengapa dikenali SK Paya Bemban (nama asal) sedangkan tapak sekolah berkenaan terletak di Kampung Paya Rani? Mengapa tidak dinamakan SK Paya Rani? Sedangkan Kampung Paya Bemban terletak kira-kira satu kilometer dari tempat itu.

Persoalan nama itu tidak siapa dapat menjawabnya. Malah, sekarang ini orang ramai lebih merujuk lokasi SK Sri Bemban berada di Berek 12 memandangkan kedudukannya bersetentang dengan Pasar Berek 12. Nama Kampung Paya Rani sendiri kini seakan-akan tenggelam dengan nama Berek 12.

Moto SK Sri Bemban ialah berilmu, beramal dan bertakwa. Dengan misi sekolah ialah membangun dan membentuk potensi murid sepenuhnya melalui sistem pengurusan sekolah yang berkualiti.

Sekolah Kebangsaan Sri Bemban
Jalan Abdul Kadir Adabi
15200, Kota Bharu
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097485213
Fax = 6097485213

No comments:

Post a Comment