Pulau Bidong, Terengganu menjadi
lokasi penempatan sementara pelarian Vietnam yang meninggalkan negara mereka
akibat perang. Pulau Bidong menjadi penempatan pelarian Vietnam bermula 1978
hingga 1990.
Bermula 1990, saki baki pelarian Vietnam dipindahkan ke kem sementara penempatan dikhususkan untuk mereka di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Kem tersebut mampu menempatkan kira-kira 4,500 orang penghuni.
Di sini penghuni diasingkan mengikut kategori keluarga, bujang, lelaki dan wanita, kanak-kanak serta ibu tunggal.
Unit keselamatan yang terdiri daripada pemimpin mereka sendiri telah ditubukan pada ketika itu. Ini bertujuan mengawal mereka supaya tidak bertindak ganas atau mengganggu ketenteraman penghuni lain.
Jika ada yang melakukan kesalahan, mereka akan ditangkap dan dibicarakan. Jika bersalah, mereka akan dikurung di dalam bilik tahanan khas seperti 'monkey house'.
'Monkey house' adalah bilik tahanan kecil yang cuma boleh memuatkan beberapa individu pada satu-satu masa dan mereka tidak boleh berdiri. Ini bermakna, sepanjang tempoh tahanan itu, mereka cuma boleh duduk atau berbaring saja dan langsung tidak dibenarkan balik ke blok penempatan.
Penempatan pelarian di Kem Sungai Besi diharapkan dapatlah menangani masalah pelarian berbanding berada di Pulau Bidong. Namun, ia tidak seperti diharapkan dan memberi masalah lebih besar kepada anggota keselamatan.
Di dalam kem ini, mereka telah mewujudkan puak-puak samseng dan menindas rakan sepelarian. Mereka juga mewujudkan pusat hiburan dan pelacuran di dalam kem berkenaan, selain melakukan penyalahgunaan dadah.
Disebabkan hal ini pihak keselamatan telah mengambil keputusan melakukan pemeriksaan menyeluruh ke dalam kem mereka untuk membanteras gejala yang tidak bermoral yang dilakukan mereka.
Mereka membantah tindakan anggota keselamatan, hingga mencetuskan rusuhan besar pada Jun 1995 yang hampir menggugat kedaulatan dan keselamatan negara Malaysia yang telah memberi perlindungan kepada mereka selama ini.
Tindakan ganas kumpulan perusuh pada pagi 5 Jun 1995 menyebabkan tiga blok kediaman di Kem Transit Sementara Sungai Besi yang menempatkan lebih 4,500 pelarian Vietnam musnah sama sekali.
Rusuhan ini mengorbankan seorang pelarian dan mencederakan lebih 10 anggota yang terlibat dalam operasi mengawal keselamatan iaitu Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), bomba dan polis hutan (PPH).
Rusuhan berlangsung selama lebih 16 jam, menyebabkan kebakaran besar yang menggemparkan warga kota khususnya yang tinggal di sekitar Sungai Besi dan Bukit Jalil. Kepulan asap yang menjulang tinggi dikatakan dapat disaksikan dari jarak puluhan kilometer.
Dalam operasi mengawal rusuhan itu, seramai 1,200 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada anggota polis, FRU, PPH, bomba, unit pengesan bom dan unit anjing pengesan dikerahkan ke tempat kejadian.
Serbuan awal polis ketika itu berjaya menemui pelbagai senjata tajam seperti lembing, parang, senapang panah dan pedang yang dihasilkan oleh kumpulan perusuh.
Berdasarkan kenyataan rasmi dibaca oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, kekecohan dipercayai berpunca daripada sikap tidak puas hati pelarian terhadap keputusan kerajaan yang mahu menghantar mereka pulang ke negara asal.

Baca juga;
Pulau
Bidong menempatkan pelarian Vietnam

No comments:
Post a Comment