Perang Vietnam berlangsung dari 1 November
1955 hingga 30 April 1975. Perang Vietnam tamat apabila Vietnam Selatan mengaku
kalah kepada Vietnam Utara yang kemudiannya membentuk satu negara Vietnam yang
dipanggil Republik Sosialis Vietnam pada
tahun 1976.
Biarpun Perang Vietnam telah tamat, namun
penentangan pihak yang tidak mahu menerima idea sisialis atau komunis
meneruskan penentangan terhadap kerajaan. Keadaan itu berlanjutan sehingga 15
tahun lamanya.
Sepanjang penentangan itu, banyak rakyat
yang tidak patuh kepada kerajaan diburu, ditangkap dan dijatuhkan hukuman. Keadaan
itu memaksa sebahagian penentang terpaksa melarikan diri sebagai pelarian ke
negara-negara jiran. Antara negara yang menjadi tumpuan pelarian Vietnam ialah
Malaysia.
Malaysia mengambil keputusan untuk menerima
sementara pelarian dari negara Vietnam yang meninggalkan negara mereka melalui
jalan laut atas dasar kemanusiaan. Oleh kerana jumlah mereka yang begitu ramai,
Malaysia terpaksa mencari satu kawasan khas untuk menempatkan mereka di negara
kita.
Keputusan Malaysia ini dilihat sebagai satu
keputusan kemanusiaan, dalam menangani isu pergerakan pendatang khususnya
berkaitan penyeludupan dan pemerdagangan manusia.
Satu kawasan khas telah dipilih untuk
menempatkan pelarian Vietnam iaitu Pulau Bidong yang terletak di Terengganu bermula
tahun 1978. Pulau Bidong telah menjadi “negara” Vietnam selama 12 tahun sebelum
ditutup sepenuhnya pada tahun 1990.
Bagaimanapun,
pengumuman rasmi dibuat pada 30 November 1991 selepas kerajaan mengumumkan
Pulau Bidong akan ditutup daripada menjadi pusat penempatan sementara pelarian
Vietnam.
Penutupan Pulau Bidong sebenarnya bermula
tindakan pelarian Vietnam sendiri apabila mereka mula bertindak “ganas” mengadakan
tunjuk perasaan di kem sementara itu.
Tunjuk perasaan itu bermula apabila
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat keputusan untuk mengeluarkan
mereka dari situ untuk dihantar ke negara ketiga tetapi dengan bersyarat di
mana melalui proses saringan di mana hanya yang layak sahaja akan dihantar ke
negara ketiga manakala yang selebihnya akan dihantar pulang ke negara asal.
Pada ketika itu, Penguasa Penjara, Saidun
Othman, adalah antara pegawai dan anggota keselamatan yang berdepan detik getir
bersama lima rakan setugas Jabatan Penjara, 15 anggota polis serta dua anggota
tentera.
Turut berdepan situasi tersebut ialah pasukan
khas di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri dan 30
Ikatan Relawan Malaysia (RELA).
Jumlah pegawai kerajaan Malaysia jauh lebih
kecil jika dibandingkan dengan saki-baki penghuni Pulau Bidong yang menyerbu
pejabat. Mereka marah dan menunjuk perasaan membantah keputusan PBB kerana mahu
membuat saringan memilih yang layak ke negara ketiga. Mereka beranggapan semuanya
layak dan tidak mahu dihantar pulang.
Demonstrasi itu berlanjutan selama seminggu
disusuli dengan mogok lapar. Mereka enggan menyentuh makanan yang disediakan
petugas Palang Merah Antarabangsa.
Pada masa sama, banyak poster protes mula
dinaikkan dan ada antaranya yang bertulis 'hidup atau mati', 'Kami mahu
keadilan,'; 'Bebaskan kami' dan 'Kami tidak mahu pulang'.
Sepanjang tempoh itu juga, petugas
keselamatan terus berdiplomasi memujuk mereka supaya bertenang.
Kemuncak tunjuk perasaan itu memang mengerikan
kerana ramai yang mencederakan diri sendiri. Menikam badan dengan senjata
tajam. Mereka mahu menunjukkan tanda protes kepada PBB. Walaupun mereka tidak
menyerang pihak kita, namun kita terpaksa hadap kerana bertugas di bahagian
keselamatan.
Demonstrasi itu berakhir dengan aman
selepas beberapa perundingan dan akhirnya, semua penghuni di Pulau Bidong
dipindahkan ke kem Sungai Besi sementara menunggu proses menghantar mereka ke
negara ketiga.
Rusuhan
pelarian Vietnam di Kem Sungai Besi
No comments:
Post a Comment