Pokok ubi kayu mudah ditanam dan membesar,
seterusnya menghasilkan ubi yang boleh dimakan dengan cara direbus, dibakar
atau dibuat pelbagai jenis kuih.
Ubi kayu mengandungi sumber
karborhidrat yang tinggi. Ubi kayu memiliki kadar kolesterol dan lemak
yang rendah. Ini bermakna ubi kayu adalah makanan yang baik untuk menambah
berat badan secara sihat.
Ubi kayu adalah salah satu makanan yang mempunyai serat pemakanan yang boleh membantu untuk mengurangkan kolesterol, risiko penyakit kardiovaskular, mengurangkan kadar kanser usus serta membantu mencegah penyakit kencing manis dan penyakit jantung.
Ubi kayu bebas daripada gluten maka sangat sesuai bagi orang yang mengidap
penyakit celiac, sejenis penyakit yang membawa kepada kerosakan usus kecil dan
gangguan penyerapan nutrien daripada makanan. Makan ubi kayu merupakan
altenatif bagi orang yang alah kepada makanan dari tepung gandum yang
mengandungi banyak gluten.
Ubi kayu mengandungi mineral seperti kalsium, fosforus, kalium dan magnesium.
Walaupun kuantitinya rendah, ubi kayu boleh digunakan untuk bancuhan mengganti
bahan-bahan lain seperti susu. Ia amat kaya dengan zat besi dan vitamin B
termasuk asid folik yang amat penting bagi ibu-ibu hamil.
Ubi kayu adalah sumber
sederhana kumpulan B-kompleks vitamin seperti folates, thiamin, pyridoxine
(vitamin B6), riboflavin dan asid pantothenic.
Antara jenis kuih yang boleh dibuat
menggunakan ubi kayu ialah tepung boko yang cukup terkenal di Kelantan.
Resipi tepung boko ubi kayu
Bahan bahan
- 1 ketul ubi kayu yang besar - (dalam 3 cawan ubi parut)
- 1 cawan gula pasir
- 10 helai daun pandan - kisar dengan 2 cawan air dan ambil patinya.
- Sedikit pewarna hijau jika perlu
- Secubit garam
Cara menyediakan
- Ubi dikopek kulitnya (jangan dipotong) dan dibasuh bersih. Belah 2 untuk membuang urat tengahnya. Parut ubi sehingga habis. (Boleh juga dikisar menggunakan pengisar)
- Perahkan/ toskan air dari ubi parut tadi. Tak perlu terlalu kering
- Panaskan periuk kukus.
- Campurkan parutan ubi, gula pasir, air daun pandan, garam dan sedikit pewarna hijau sehingga rata.
- Masukkan adunan ubi di dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
- Hidangkan bersama kuah / sos santan dengan cara scopping.
Sos Santan
Bahan bahan
- 1 kotak santan (200 ml) (nak lebih lemak boleh lebihkan santan lagi.. kurangkan sukatan air)
- 500 ml air
- 4 sudu besar tepong beras
- 2 sudu kecil garam
- Sehelai daun pandan (disimpul)
Cara menyediakan
- Bancuh tepung beras dengan sedikit air sehingga rata (ambil air dari 500 ml tadi). Tapiskan.
- Campurkan santan, air dan air bancuhan tepung beras, garam dan daun pandan dalam periuk.
- Masak di api sederhana sehingga kuah menjadi pekat dan masak. Rasakan garamnya.
- Sedia untuk dihidangkan bersama kuih ubi yang dikukus tadi.

No comments:
Post a Comment