Pokok ceri terengganu cukup terkenal
sebagai pokok hiasan. Nama saintifiknya adalah Lepisanthes fruticosa atau
dikenali juga sebagai pokok johor, pokok perupuk, kelelek atau gegelek.
Antara keunikan pokok ceri terengganu ialah
pokoknya kecil, berkonopi rendang dan bulat. Jadi, ia amat sesuai ditanam
sebagai pokok teduhan, hiasan taman awam atau landskap rumah.
Paling menarik, bentuk buah dan warnanya yang
menarik. Buahnya tumbuh di tangkai seakan buah ramai. Buah terjuntai sehingga
melebih 10 biji untuk setiap tangkai.
Buah ceri terengganu boleh dimakan. Buahnya
mempunyai antosianin dan sangat
penting dalam antioksidan. Isi buahnya nipis, manis serta sedikit kelat rasanya.
Buah ceri terengganu menjadi tarikan kepada
burung, kelawar dan tupai untuk memakanya.
penting dalam antioksidan. Isi buahnya nipis, manis serta sedikit kelat rasanya.
No comments:
Post a Comment