Tamparuli sudah lama terkenal dengan
Jambatan Gantung Tamparuli yang menjadi tarikan pelancong datang ke pekan yang
teletak kira-kira 36 kilometer dari Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah.
Kini, Tamparuli mencipta satu lagi tarikan
pelancong iaitu jambatan kaca. Jambatan kaca itu terletak di Bukit Bungalio, Kampung Kiulu. Entah apa nama jambatan kaca itu, tetapi elok juga ia dikenali dengan nama Jambatan Kaca Tamparuli sebagai
gandingan dengan Jambatan Gantung Tamparuli.
Biasanya kita melihat jambatan kaca di luar
negara yang memperlihatkan pelbagai gelagat pengunjung ketika berada di atasnya.
Paling kelakar ialah mereka yang takut sehingga terketar-ketar dan tidak boleh
berjalan.
Sebenarnya, Jambatan Kaca Tamparuli bukan
yang pertama di Sabah. Kiranya sudah yang kedua. Pertamanya di Yong Farmstay,
Tenom.
Jambatan Kaca Tamparuli menjanjikan
pengalaman pasti menarik. Suasana dengan keindahan semul jadi memukau setiap
pengunjung. Lupa seketika perasaan gayat dan takut. Layan sahaja keindahan
alam. Paling menarik pemandangan dan suasana ketika matahari terbenam. Menikmati
indahnya ciptaan Allah.
No comments:
Post a Comment