Propaganda dikaitkan dengan aktiviti penipuan, manipulasi atau pembohongan. Di Malaysia, propaganda dikaitan dengan aktiviti atau kempen dari parti-parti politik yang biasanya dianggap melibatkan penipuan atau pembohongan.
Dari aspek imej pula, perkataan propaganda dikaitkan dengan imej Adolf Hitler, seorang pemimpin Nazi sekitar tahun 1925 hingga 1940an.
Menurut
sejarahnya, Hitler dibantu seorang Menteri Propaganda bernama Joseph Goebbles
dengan menjalankan siri-siri kempen propaganda besar-besaran dalam memenangi
hati dan minda rakyat Jerman pada ketika itu.
Tapi persoalannya, benarkan propaganda hanya berkaitan dengan Adolf Hitler dan
Joseph Goebbles semata-mata? Adakah mereka berdua manusia awal yang menggunakan
propaganda? Jawapannya adalah tidak.
Menurut
Adolf Hitler, propaganda adalah senjata perintah pertama negara England. Di
dalam bukunya yang bertajuk Mein Kampf, dalam bab 6 yang diberi tajuk "War
Propaganda", Hitler menulis, di Negara England, propaganda dianggap
sebagai "weapon of the first order".
Maksudnya, walaupun England mempunyai kekuatan senjata, peluru, kereta kebal
dan kapal terbang, akan tetapi seluruh program peperangan mereka bertunjang dan
bergantung kepada operasi propaganda.
Sebenarnya,
"Propaganda adalah sebarang bentuk komunikasi yang digunakan untuk
mempengaruhi pendapat, emosi, sikap dan tingkahlaku sesuatu kumpulan sasar bagi
memanfaatkan pihak penganjur".
Nilai keberkesanan propaganda bergantung kepada tema, simbol dan mesej yang tersurat bagi mencapai objektif atau matlamat yang diinginkan yang tersirat.
Kejayaan propaganda berkait rapat dengan keupayaan para propaganda dalam menganalisis kekuatan, kelemahan, persekitaran dan kebolehpercayaan kumpulan sasar supaya ia berimpak tinggi.
Contohnya
propaganda oleh England dalam menjatuhkan Nazi adalah lebih hebat dan berkesan
dari apa yang dibuat oleh Nazi sendiri.
Dalam mengakui kekalahan operasi propaganda Nazi, Adolf Hitler menambah lagi di
dalam bukunya, punca kekalahan Nazi adalah kerana propaganda di Jerman oleh
Nazi hanyalah sebuah pilihan terakhir ahli politik yang terbuang atau cara
mudah untuk mereka yang malas.
Dengan ertikata lain, dalam mempuat propaganda, tidak hanya bersandarkan kepada
fakta benar, sebaliknya yang separuh benar dan pembohongan itu perlu dilakukan.
Justeru, jika ada sesuatu isu dibangkitkan, para propaganda tidak perlu menanti atau mencari fakta sebenar baharu hendak bertindak. Bertindak segera dengan apa saja 'fakta' yang ada untuk menangkis propaganda musuh.
Perlu diingat, kebanyakan propaganda musuh sebenarnya tidak berasaskan kepada fakta atau kebenaran. Maka, bagaimana hendak tunggu kebenaran baharu hendak bertindak?
Tidak semestinya fakta dan kebenaran digunakan untuk menegakkan kebenaran. Secara tuntasnya, yang palsu perlu juga dipadamkan dengan yang palsu.
Dalam propaganda kebenaran tidak diutamakan, tetapi keberkesanan dan seterusnya kejayaan yang perlu disasarkan. Kerana propaganda itu sendiri bermaksud penipuan, manipulasi atau pembohongan.
No comments:
Post a Comment