Pokok periuk kera (nama sainsnya Nepenthes spp.) biasanya tumbuh di tanah berasid, tidak subur dan kekurangan nitrogen. Periuk kera merupakan pokok maging yang memerangkap serangga dalam periuknya untuk membekalkan sebahagian nitrogen diperlukan.
Cara tanam pokok periuk kera amat mudah dan bentuknya yang unik
menarik minat orang menjadikan pokok hiasan.
Nepenthes bermula sebagai pokok
rosette dan matang sebagai pokok memanjat bersulur paut (tendril climbers).
Sesetengan sulur membentuk periuk berongga.
Spesies berlainan mempunyai periuk
berbentuk dan bewarna yang berlainan. Kebanyakan spesies tumbuh di atas tanah,
sementara sesetengah merupakan epifit (epiphytic).
Pokok periuk kera agak unik penampilannya dan sangat menarik untuk dijadikan sebagai tanaman hiasan. Keunikannya adalah terletak pada bekas atau pundi-pundi berbentuk seperti karung yang tumbuh di hujung daun matang.
Pokok ini dikenali pokok periuk kera
kerana dikatakan kera sering meminum air yang terdapat di dalam pundi-pundi di
hujung daun tersebut.
Ia adalah sejenis tumbuhan pemanjat yang
tumbuh meliar di hutan belantara di negara ini tetapi kini kian popular ditanam
sebagai tanaman hiasan yang unik dan menarik.
Terdapat lebih kurang 70 jenis spesies
dan beratus-ratus lagi jenis hibrid atau kacukan dalam pelbagai saiz pokok dan
juga bentuk pundi-pundinya.
Namun hanya beberapa jenis spesies sahaja yang mudah didapati dan sering ditanam oleh kebanyakan peminat seni taman.
Daunnya berbentuk bujur panjang dan
bersinar di bahagian atas. Sementara di bahagian bawah pula berwarna hijau pucat.
Pundi-pundinya pula memiliki
keistimewaan tersendiri iaitu pintunya dikatakan mengeluarkan cecair yang manis
untuk menarik perhatian serangga datang dan merasa cecair tersebut.
Seterusnya serangga yang jatuh ke dalam pundi-pundi tersebut terperangkap dan akan reput untuk dijadikan sebagai makanan.
Pundi-pundi ini juga dapat
mengumpulkan air hujan yang sering diminum oleh binatang seperti kera, monyet
dan sebagainya.
Selain tumbuhan liar tempatan, ia juga
dikatakan tumbuh meliar di beberapa buah negara lain di Asia Tenggara seperti
Singapura dan Indonesia.
Selain dijadikan pokok hiasan,
pundi-pundi pokok periuk kera kini dijadikan acuan atau bekas untuk membuat
lemang.
Pundi-pundi pokok periuk kera
menggantikan buluh yang biasa digunakan untuk membuat lemang.
Pulut
dimasukkan ke dalam pundi-pundi pokok periuk kera dan dikukus selama setengah
jam. Turut dimasukkan ialah santan yang telah dicampur sedikit garam dan gula.
No comments:
Post a Comment