Friday, 12 May 2023

TERNAK ITIK TELUR MEMBERI PULANGAN LUMAYAN

 
Permintaan terhadap telur itik semakin meningkat, terutama untuk membuat telur masin atau telur jeruk. Negeri-negeri utama pengeluar telur itik ialah Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
 
Itik dikaitkan dengan air. Bahkan satu keistimewaan ialah dapat berenang di atas permukaan air. Namun, sebenarnya untuk menternak itik tidak perlu disediakan kolam. Apa yang diperlukan ialah bekalan air secukupnya untuk diminum oleh itik.
 
Terdapat beberapa baka itik telur yang sesuai dipelihara oleh penternak-penternak. Antara baka yang sering diternak ialah Khaki Campbell Kacukan (Thailand), Kortlang Khaki Campbell (U.K.), Indian Runner, Cherry Valley C2000 dan Itik Jawa.
 
Pengurusan anak itik yang baru sampai adalah hampir sama seperti memelihara anak ayam berumur sehari. Api/lampu hendaklah dihidupkan disebelah malam sehingga 10 hari untuk memanaskan badan anak itik tersebut.
 
Pada peringkat anak sehingga minggu ke 20, makanan komersial yang seimbang adalah digalakkan. Makanan yang scimbang akan menggalakkan pertumbuhan badan itik dan itik-itik akan bertelur pada masa yang dijangkakan. Ada penternak yang hanya memberi sisa nasi dan dedak padi pada masa ini. Cara pemberian makanan cara ini adalah didapati tidak sesuai.
 
Bagi itik yang sedang bertelur, makanan yang sering diberikan terbahagi kepada 3:
- Makanan tradisional - dedak padi, beras hancur ikan baja.
- Makanan campuran sendiri - penternak mencampurkan bahan-bahan mentah mengikut sukatan tertentu seperti hampas kacang soya, beras hancur, serbuk ikan dan lain-lain sebelum diberikan kepada itik yang sedang bertelur.
- Makanan komersial - makanan ini dibeli di kedai pembekal makanan ayam itik dan boleh digunakan terus kepada itik telur. 
 
Makanan yang diberi kepada itik telur mesti bersukat atau ditimbang terlebih dahulu. Makanan yang tidak mencukupi akan membantutkan pembesaran itik telur. Itik yang kurang makanan lambat besar dan tidak bertelur pada masa yang dijangkakan. Jika bertelur pun pengeluarannya adalah rendah.
 
Itik yang terlalu banyak menerima makanan pula akan terlalu cepat membesar. la akan bertelur terlalu awal, tetapi pengeluarannya rendah dan saiz telur adalah kecil. Itik-itik yang bertelur terlalu awal akan cepat berhenti daripada bertelur. Secara am, itik akan mula bertelur apabila telah mencapai berat badan 1.8 - 2.1 kg.
 
Itik yang menerima makanan yang secukupnya melalui sukatan yang ditetapkan akan mula bertelur pada minggu ke 18 atau ke 19. Jika makanan tidak cukup, itik tidak bertelur walaupun telah berumur 25 minggu. Tetapi jika makanan terialu berlebihan, itik akan bertelur lebih awal walaupun hanya baru berumur 14 - 16
 
Jangka masa itu bertelur secara optimun ialah dalam lingkungan 2 tahun. Namun, ada penternak yang menyimpan itik mereka sehingga 3 tahun. Itik yang terlalu tua tidak boleh mengeluarkan telur yang menguntungkan.
 
Telur itik yang terlalu kotor tidak boleh dibasuh. Ini kerana kulit telur mempunyai rongga yang halus yang akan membolehkan air dan kuman bakteria masuk ke dalam telur. Ini akan menyebabkan mutu telur itik menurun. Untuk mengelakkan kulit telur menjadi terlalu kotor, pastikan lantai reban dan bekas bertelur mestilah bersih dan kering.
 
Bagi telur itik, berat dan warna kuning telur adalah faktor yang penting. Telur itik yang beratnya 65 gm ke atas dan warna kuning telur yang merah akan mendapat harga yang tinggi jika dibandingkan dengan telur yang beratnya rendah dan wama kuning telurnya yang pucat.
 
Kuning telur beloh dimerahkan dengan cara mencampurkan makanan itik telur kulit udang sering dicampurkan. Kulit udang mengandungi sejenis bahan pewama yang dikenal bebagai xan thophyll dan ia boleh memberi warna merah kepada kuning telur.
 
Selain telur segar, telur itik turut dijual dalam bentuk telur masin atau telur jeruk. Permintaan telur yang juga dikenali telur abad itu memang amat tinggi sehingga tidak dapat memenuhi permintaan.
 
Negara masih memerlukan lebih banyak penternak itik telur untuk memenuhi permintaan terhadap telur itik yang banyak.

No comments:

Post a Comment