Wednesday, 3 February 2021

CARA TANAM POKOK KANTAN

 
Banyak orang mengeluh harga bunga kantan agak mahal. Ada kala mencecah sehingga RM5 sekuntum. Harga biasa di pasaran sekitar RM2 sekuntum. 
 
Harga bunga kantan mahal disebabkan permintaan tinggi sedangkan penawaran kurang terutama ketika musim perayaan. 
 
Bunga kantan dianggap satu bahan wajib dalam menu kuah laksa pinang dan ulamnya. Selain itu, ulam laksa, laksam dan nasi kerabu juga menggunakan bungan kanan, selain dijadikan ulam. 
 
Kekurangan bekalan bunga kantan disebabkan tidak banyak pengusaha ladang bunga kantan di negara kita. Kebanyakan bekalan bunga kantan diperoleh yang tumbuh meliar atau semulajadi di hutan. 
 
Jadi, mengapa tidak tanam pokok kantan? Kalaupun tidak mahu menjualnya, boleh sahaja untuk tujuan keperluan sendiri. Tidak sukar sebenarnya untuk menanam pokok kantan. Kalau ia boleh tumbuh meliar, mengapa pula sukar untuk menanamnya? Tentu mudah.
 
Cara-cara menanam pokok kantan:
- Benih pokok kantan menggunakan rizom atau ubi. Macam cara tanam pokok lengkuas juga.
- Selain menggunakn rizom, ia juga boleh ditanam menggunakan biji benih.
- Pokok khantan juga boleh ditanam dengan cara belahan rumpun.
- Jarak yang sesuai antara satu pokok dengan pokok yang lain ialah 1 meter hingga 2 meter.
- Pokok kantan memerlukan tanah yang lembab dan subur yang mengandungi banyak humas.
- Pokok khanatan biasanaya hidup subur di kawasan-kawasan teduh.
- Setelah ditanam 10 bulan, pokok kantan mula berbunga.
- Bunga dipungut sebelum kembang dengan memotong di bahagian pangkal tangkai bunga.
- Jika dibiarkan kembang dan matang, bunga kantan akan mengeluarkan buah.
- Buah kantan juga boleh digunakan untuk ulam dan dimakan dengan colek atau pencicah.
- Pokok kantan sesuai ditanam di laman rumah sebagai pokok hisan.
- Untuk mengekalkan kelembapan tanah, elok dibuat sukupan menggunakan rumput atau daun kering yang apabila reput akan menjadi baja humus.

No comments:

Post a Comment