Malaysia menjadi destinasi pelarian
dari Vietnam untuk mendapat pelindungan setelah meninggalkan negara mereka
akibat peperangan pada 1978.
Pada peringkat awalnya, pelarian
yang mendarat di Malaysia ditempatkan di Pulau Bidong. Bagaimanun, setelah
beberapa tahun beroperasi, dan sebahagian penghuninya telah dipindahkan ke
negara lain, pusat penempatan sementara itu ditutup, biarpun masih ada saki
baki penghuni.
Bermula 1990, saki baki pelarian
Vietnam dipindahkan ke kem sementara penempatan dikhususkan untuk mereka di Kem
Sungai Besi, Kuala Lumpur. Kem tersebut mampu menempatkan kira-kira 4,500 orang
penghuni.
Penempatan pelarian di Kem Sungai
Besi diharapkan dapatlah menangani masalah pelarian berbanding berada di Pulau
Bidong. Namun, ia tidak seperti diharapkan dan memberi masalah lebih besar
kepada anggota keselamatan.
Di dalam kem ini, mereka telah mewujudkan puak-puak samseng dan menindas rakan
sepelarian. Mereka juga mewujudkan pusat hiburan dan pelacuran di dalam kem
berkenaan, selain melakukan penyalahgunaan dadah.
Pihak kerajaan melakukan pelbagai
peraturan dan kawalan untuk mengatasi perkara buruk berlaku. Pada masa sama,
usaha untuk memindahkan pelarian ke negara lain turut diadakan.
Pelarian tidak berpuas hati tindakan
dilakukan kerajaan. Kemuncak kepada bantahan menyebabkan berlaku rusuhan pada pagi 5 Jun 1995 menyebabkan tiga blok
kediaman di Kem Transit Sementara Sungai Besi yang menempatkan lebih 4,500
pelarian Vietnam musnah sama sekali.
Pelarian Vietnam cuba menunjukkan bantahan dan mendapatkan simpati dunia
terhadap rancangan kerajaan menghantar mereka pulang ke Vietnam yang sudah
dipersetujui oleh Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian
(UNHCR).
Mereka masih menaruh harapan untuk dihantar menetap ke negara ketiga yang
mereka anggap dapat memberikan perlindungan walaupun permohonan mereka ditolak
oleh negara berkenaan.
Pilihan kumpulan pelarian ketika itu adalah untuk mendapatkan tempoh perlindungan
lebih lama di negara ini sementara menunggu giliran dihantar ke negara-negara
ketiga seperti Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Kanada dan Eropah yang
dikelola oleh UNHCR.
Bagaimanapun, atas syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh badan antarabangsa
itu, keutamaan mengikuti program pemindahan ke negara ketiga itu hanya
melibatkan pelarian yang mempunyai kelayakan profesional.
Tersepit dalam keadaan itu, sebahagian daripada pelarian turut berusaha meraih
simpati antarabangsa sehingga mendapat perhatian dari negara luar. Kenyataan
yang sama juga menyatakan pemberontakan berpunca daripada tindakan kerajaan
membina pagar berangkai di kem berkenaan bagi mengasingkan kumpulan pelarian
yang bermati-matian enggan dihantar pulang dengan puak yang lebih bertimbang
rasa.
Pembinaan pagar berangkai itu merupakan sebahagian daripada langkah kerajaan
untuk menghalang kumpulan “hardcore” daripada menghasut kumpulan pelarian yang
lain.
Dalam rundingan itu, kumpulan pelarian mendesak kerajaan supaya tempoh
perlindungan dilanjutkan kerana mereka takut pulang ke negara asal.
Mereka tidak berani pulang kerana takut dikenakan hukuman mati oleh pemerintah
komunis negara itu. Rundingan menemui jalan buntu sehingga tercetusnya rusuhan.
Selepas tewas dalam 'pertempuran' dengan pihak berkuasa, beratus-ratus 'kepala
samseng' ditahan dan dihantar ke kem tahanan sementara pelarian di Kerayong,
Pahang.
15 Jun 1996, Kem Pelarian Sungai Besi ditutup oleh Kerajaan Malaysia selepas
semua pelarian dihantar pulang ke negara asal.

No comments:
Post a Comment