Jika anak-anak sukakan haiwan, apa kata jadikan binatang peliharaan sebagai hobi kerana ia boleh mendidik mereka.
Biasanya, haiwan pilihan untuk dipelihara di rumah seperti kucing, arnab, hamster dan kura-kura kerana ia lebih mudah dikendalikan.
Ini kerana memiliki haiwan peliharaan dapat memberi pengalaman bermanfaat buat anak-anak.
Hobi ini dapat membentuk pelbagai karakter baik anak supaya lebih berkembang, malahan ia juga satu komitmen dan tanggungjawab besar.
Memberikan haiwan peliharaan kepada anak-anak dapat memdidik diri mereka nilai-nilai positif.
Aspek utama yang dapat membentuk diri anak-anak menerusi hobi ini adalah seperti;
Mengajar nilai-nilai murni. Memiliki haiwan peliharaan dapat menumbuh dan mengembangkan rasa tanggungjawab dalam diri anak. Walaupun dibantu, namun ia membuatkan mereka lebih berani untuk melaksanakan tugas.
Selain itu, tunjuk ajar ibu bapa mengenai cara penjagaan haiwan tentu sekali dapat diserapkan dalam diri mereka seperti bersikap baik dan lembut.
Tentu sekali ia dapat melahirkan rasa empati dan kasih sayang dalam diri anak anda.
Meningkatkan harga diri. Pemerhatian umum mendapati, anak yang mempunyai haiwan peliharaan dalam keluargannya akan cenderung memiliki harga diri yang lebih tinggi.
Ia terbukti kerana memiliki haiwan peliharaan dapat membuatkan anak merasa dicintai dan mencintai, serta merasakan mereka berteman untuk diajak berbicara atau bermain.
Menghargai dan mengurus masa. Haiwan perlukan penjagaan rapi agar membesar dengan baik. Antara perkara yang perlu dilakukan ialah menyediakan makanan mengikut selang waktu tertentu.
Tugasan itu pastinya memerlukan mereka tepati masa dan mengurus masa sebaiknya untuk menyediakan keperluan haiwan peliharaan mereka.
Bersedia menerima tanggungjawab. Tugasan memeliharan haiwan merupakan satu tanggungjawab. Jadi, apabila mereka menjadikan hobi itu, bermakna mereka sudah bersedia melaksanakan tanggungjawab secara berterusan.
Menjaga haiwan bukan perkara mudah kerana jika tidak dilakukan dengan betul boleh menyebabkan haiwan mati atau jatuh sakit.
No comments:
Post a Comment