Tuesday, 3 November 2020

LARANGAN MEMAKAI BAJU MELAYU

Baju Melayu ialah pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki Melayu. Baju Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu baju (kemeja lengan panjang) dan seluar panjang serta dilengkapi dengan samping dan songkok. Baju Melayu terdapat dua jenis garisan leher iaitu teluk belanga dan cekak musang.

Pemakaian Baju Melayu telah berkuat kuasa sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Shah, Melaka (1424-1444) sultan ketiga dari empayar Kesultanan Melayu Melaka.

Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutama sekali untuk bersembahyang, ke pejabat, majlis formal, dan sebagai pakaian adat. Baju Melayu juga merupakan pakaian rasmi Malaysia.

Baju Melayu bewarna hitam dengan kain songket hitam bersulam dengan benang emas dianggap satu bentuk pakaian rasmi, dan pakaian rasmi diperlukan semasa acara-acara rasmi negara, terutama orang-orang yang sangat formal seperti sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong rasmi di Mlaaysia.

Duta Malaysia membentangkan kelayakan mereka kepada ketua negeri asing juga dikehendaki untuk memakai hitam Baju Melayu. Baju Melayu berwarna putih dipakai oleh kerabat diraja Malaysia apabila berkabung lulus dari ahli keluarga diraja.

Malang sekali apabila Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Ng Suee Lim berang dengan 3 Adun pembangkang berbaju Melayu ke sidang itu pada 2 November 2020.

Beliau menggesa semua Adun “berpakaian sewajarnya” mengikut peraturan DUN, selepas Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong), Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS-Sijangkang) dan Mohd Imran Tamrin (BN-Sungai Panjang) berbaju Melayu serta bersongkok.

“Tolong patuhi peraturan mesyuarat. Saya hanya memberi nasihat kepada beberapa orang daripada anda hari ini,” katanya sambil menambah lelaki patut memakai sut ke DUN.

“Kelonggaran diberikan kepada Adun untuk memakai baju Melayu mereka apabila sidang diadakan pada Jumaat.”

Ng mengatakan beliau diberikan kuasa untuk membuat keputusan berhubung kod pakaian lelaki di bawah Peraturan Mesyuarat 87(7) dan beliau sudah mengeluarkan surat jemputan berhubung sidang DUN, di mana kod pakaian untuk lelaki serta wanita dinyatakan dengan jelas.

Mengapa takut sangat dengan baju Melayu? Apakah semua yang berkaitan dengan Melayu akan dihapuskan?


No comments:

Post a Comment