Friday, 9 April 2021

SETIAP PENDAKWAH PERLU BIJAK BERKOMUNIKASI

Tugas pendakwah bukan mudah. Ia berkaitan untuk memberi keyakinan dan mendidik orang lain menjadi seperti apa yang kita harapkan. Dalam erti dakwah islamiah sudah tentu berkaitan bagaimana mengajak orang lain mematuhi perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW.  

Ilmu adalah tonggak kepada kejayaan dalam setiap perkara yang ingin dilakukan. Tanpa ilmu kita tidak mempunyai garis panduan atau apa yang perlu dilakukan. Sebab itu, biarpun sekadar ingin menjadi guru prasekolah, bakal guru tetap perlu mengikuti kurus pendidikan prasekolah.  Sekarang ini guru pendidikan prasekolah terlah ramai yang memiliki diploma dan ijazah pendidikan prasekolah atau pendidikan awal kanak-kanak.

Justeru, tidak kira kepada siapa kita ingin berdakwah, maka seseorang itu perlu ada persiapan mengenai ilmu dakwah dan perkara-perkara yang ingin disampaikan. Jangan pandang mudah perkara ini. Disebabkan tidak ada ilmu berkaitan dakwah dan hal yang ingin disampaikan, banyak pendakwah gagal melakukan tugas dengan baik.

Bahkan, disebabkan tiada ilmu memungkin apa yang ingin dilakukan akan berlaku sebaliknya sehingga menimbulkan kesan lebih buruk. Kita sering mendengar guru yang gagal melaksanakan tanggungajawab sehingga berlaku perkara tidak diingini. Pelajar melakukan protes terhadap apa yang diajar oleh guru. 

Protes secara senyap seperti tidak mematuhi peraturan ditetapkan, tidak menunjukkan kesungguhan belajar dan sebgai. Antara punca perkara itu berlaku ialah disebakan guru tidak mempunyai kemahiran dalam mengendalikan kaeadah mendidik pelajar.

Dakwah adalah usaha untuk kita memujuk, mendekati dan mengajak orang lain untuk melakukan atau mempercayai sesuatu. Maka, salah satu kemahiran penting dimilik oleh pendakwah ialah kemahiran berkomunikasi. 

Tanpa komunikasi tidak akan wujud penyampaian dan penerimaan. Komunikasi yang baik ialah dapat menyampaikan apa yang ingin disampaikan dan penerimanya pula dapat memahami dan mengikut apa yang disampaikan kepadanya.

Kemahiran berkomunikasi melibatkan peringkat atau kumpulan sasaran yang berbeza. Jika kita igin berkomunikasi dengan peringkat umur kanak-kanak, maka kita perlu membentuk kemahiran itu berdasarkan apa yag berkaitan dengan sikap, tingkahlaku, pemikiran dan alam kanak-kanak. 

Sebaliknya, jika kita berkomunikasi dengan orang dewasa atau pelajar peringkat tinggi, maka bentuk komunikasi juga berbeza. Justeru, mendalami kemahiran berkomunikasi perlu dimiliki oleh setiap pendakwah agar matlamatnya mudah tercapai dan seperti yang diharapkan. 

Memahami tahap pengetahuan, emosi, tingkahlaku serta tanggapan orang lain terhadap kita amat penting dalam membentuk komunikasi yang baik. Orang yang ingin didakwah akan melarikan diri daripada kita jika tidak memiliki asas-asas kemahiran ini. 

Meraka tidak mahu berkomunikasi atau menolak maklumat yang ingin disampaikan, maka akibatnya tidak apa yang mampu disampaikan dan gagallah usah dakwah yang ingin dilakukan. Maka itu, sekali lagi ditegaskan betapa pentingkan kemahiran berkomunikasi dalam melaksanakan tugas dakwah.

No comments:

Post a Comment