Permulaan kejayaan ialah apabila berfikir tentang kejayaan. Jika kita tidak fikirkan tentang kejayaa, mana mungkin kita akan melakukan sesuatu yang membawa kepada kejayaan.
Permulaan
untuk berubah ialah berubah cara berfikir. Sebab itu penting mengamalkan
pemikiran berasaskan intelektual yang membuka minda (akal) untuk merealisasikan
impian kehidupan.
Bagi menggambarkan pentingnya akal kepada manusia, perkataan akal dalam
al-Quran berulangan sebutannya sebanyak 49 kali yang kesemuanya mengarah
manusia berfikir secara ‘berakal’.
Setiap Muslim perlu mencari kekuatan hidup dengan sentiasa menggunakan akal dan
memahami tuntutan hidup seharian.
Firman Allah bermaksud: “Maka apakah kamu tidak menggunakan akal.” - (Surah
al-Anam, ayat 32). Firman-Nya dalam surah Yasin ayat 68 bermaksud: “Maka apakah
mereka tidak memikirkannya?”
Kejayaan dicipta bergantung bagaimana cara kita berfikir dan melakukan apa yang
terbaik. Minda perlu dibuka untuk perkara baharu dan bersedia melakukan perkara
luar biasa untuk kejayaan luar biasa.
Kita adalah apa yang kita fikirkan tentang diri kita. Amalkan sentiasa berkata
boleh kepada kejayaan.
Kata seorang pujangga: “Orang yang berminda kecil membicarakan mengenai orang
lain; orang yang berminda sederhana membicarakan mengenai peristiwa dan
kejadian; dan orang yang berminda besar membicarakan mengenai idea dan
keilmuan.”
Orang yang berminda kecil sebenarnya kurang menggunakan minda. Dia lebih kerap
melakukan perkara rutin dan menerima apa sahaja apa yang dikatakan orang lain.
Mereka tidak mahu berfikir lebih daripada itu dengan alasan tidak mahu ‘penat’
berfikir.
No comments:
Post a Comment