Monday 9 May 2022

CARA KAWAL TEKANAN PERASAAN

  
Tekanan perasaan yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia boleh timbul di mana-mana saja. 
 
Kaedah utama mengawal tekanan perasaan ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah, solat fardu dan sunat, baca Al-Quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. 
 
Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan di dalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca Al-Quran setiap hari. 
 
Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai qada dan qadar. 
 
Pergerakan tubuh badan juga satu kaedah kurangkan tekanan perasaan perasaan. Pilih saja apa jenis aktiviti yang sesuai dengan cara gaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh. Contohnya berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, kembara berjalan kaki, silat atau yoga. 
 
Pergerakan badan hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin ahmar. 
 
Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan aktiviti senaman setiap hari. 
 
Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Amin.  

No comments:

Post a Comment