Friday 29 April 2022

PCAK BERAKSI TAHAP TERTINGGI DEMI ASNAF

  
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) berusaha melakukan yang terbaik untuk asnaf. Ia adalah manifestasi kepada perkataan ‘cakna’ itu sendiri iaitu yang bermaksud ambil berat dan ambil peduli. 
 
Biarpun sahabat PCAK tidak banyak, mereka berusaha melakukan yang terbaik. Kalau tidak sempat pagi, diusahakan pada tengah hari. Jika tengah hari pun tidak selesai lagi, mereka teruskan pada waktu petang pula. Demi asnaf, mereka berusaha pula pada waktu malam. 
 
Demi asnaf, ada sahabat PCAK yang mengalami kepenatan sehingga terpaksa mendapat rawat di klinik. Namun, itu tidak melemahkan semangat sahabat untuk kembali beraksi apabila mengambil rehat sekejap. 
 
Semoga usaha murni sabahat PCAK menjadi asbab kepada kegembiraan asnaf. PCAK dan asnaf berpisah tidak, umpama rambut tersimpul mati. Bak lirik lagu Gurindam Jiwa. 
 
Tuai padi antara masak 
Esok jangan layu-layuan 
Intai kami antara nampa 
Esok jangan rindu-rinduan 
 
Anak cina memasang lukah 
Lukah dipasang di Tanjung Jati 
Di dalam hati tidak ku lupa 
Bagaikan rambut bersimpul mati 
 
Anda juga boleh menjadi sebagai sebahagian ahli keluarga PCAK sama ada sebagai sahabat atau penyumbang untuk menjayakan program PCAK agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu. 
 
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi PCAK, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639. 
 
Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 
 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021

No comments:

Post a Comment