Thursday, 10 November 2022

PASANG BENDERA BIAR PADA TEMPATNYA

  
Musim pilihan raya, parti politik yang bertanding akan berebut-rebut pasang bendera parti masing-masing. Disebabkan berebut kawasan atau tempat yang strategik, ada yang sanggup bergaduh dan melakukan khianat terhadap bendera parti lawan. 
 
Berebutlah .... tetapi berhati-hati ketika pasang bendera. Pertamanya, pastikan keselamatan diri. Maklumlah.... aktiviti pasang bendera biasanya dilakukan pada waktu malam. Bendera pula hendak dipasang di tempat tinggi. 
 
Diingatkan juga, bila pasang bendera tu, pastikan ia tidak menghalang lalu lintas dan pemandangan pengguna jalan raya. 
 
Pasang bendera mesti menggunakan tali yang kukuh. Tahan tiupan angin dan air hujan. Ia bagi memastikan bendera yang dipasang tidak terjatuh. 
 
Kalau setakat bendera jatuh, itu tidak menjadi masalah. Boleh pasang semula. Masalahnya bendera yang yang jatuh itu boleh membahayakan keselamatan orang lain, terutama pengguna jalan raya. 
 
Boleh menyebabkan kemalangan dan mungkin juga kematian.... memang bahaya. 
 
Jadi, kepada pemasang bendera parti sepanjang pilihan raya ini, pastikan bendera dipasang tempat betul dan dipasang dengan kukuh atau kuat bagi mengelak ia mendatangkan bahaya kepada orang ramai. 
 
Kredit kepada tuan asal gambar

No comments:

Post a Comment