Sunday, 9 October 2022

TAMAN PERBANDARAN TENGKU ANIS PERLU DISELENGGARA

  
Taman Perbandaran Tengku Anis di Tanjung Chat yang merupakan taman rekreasi popular di bandar Kota Bharu. Ia menjadi tempat tumpuan di kalangan penduduk Kota Bharu untuk melakukan riadah, isterahat dan bersosial. Paling banyak berkunjung ke taman tersebut ialah ibu bapa yang membawa anak kecil untuk bermain di taman permain dan taman tema mini. 
 
Taman seluas 14 hektar yang dibina 18 tahun lalu itu menyediakan banyak kemudahan termasuk kawasan permainan kanak-kanak, taman tema mini, trek joging, peralatan senaman, taman rusa, surau dan tapak penganjuran aktiviti. 
 
Taman Perbandaran Tengku Anis menjadi tumpuan pasangan pengantin baharu untuk mengabadikan gambar kenangan kerana pemandangan yang cantik dan banyak sudut yang sesuai. 
 
Bagaimanapun seiring dengan perubahan masa, semakin banyak selenggaraan atau baik pulih perlu dilakukan untuk mengekalkan suasana yang menarik. 
 
Taman rekreasi terbesar di Kota Bharu itu dirasmikan pada 4 September 2014 oleh Sultan Kelantan ketika itu, Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra. 
 
Keadaan taman seakan kurang diberi perhatian apabila papan tanda, laluan berjalan kaki dan struktur binaan kelihatan usang. Pokok tidak dipangkas seperti sepatutnya. 
 
Bahkan ada kawasan yang dibiarkan dipenuhi dengan najis burung merpati. Keadaan sedemikian itu tentu menjijikan dan boleh mendatangkan bahaya kesihatan kepada pengunjung. 
 
Diharapkan pihak yang bertanggungjawab dapat menyelenggara Taman Perbandaran Tengku Anis seperti yang sepatutnya bagi memasikan ia kekal menarik dan selamat dikunjungi.

No comments:

Post a Comment