Sunday 2 October 2022

PCAK SERAH AL-QURAN WAKAF DI SELATAN THAI

  
Banyak bentuk kebaikan boleh dilakukan. Jika mampu, bersedekahlah atau berwakaf harta untuk kebaikan orang ramai. Membantu menyempurnakan wakaf pihak lain untuk dimanfaatkan kepada pihak lain juga satu kebaikan. 
 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) diketuai pengerusinya, Fazliyaton Daud sekali sekali lagi akan berkunjung ke Pattani dan Yala di Selatan Thai untuk menghantar sebanyak 150 naskah al-Quran kepada masjid dan pondok di sana. Turut akan disampaikan ialah wang untuk baik pulih masjid terpilih. 
 
Pada awal Ogos tahun ini, PCAK telah menyerahkan al-Quran wakaf kepada beberapa masjid dan pondok di Selatan Thai.
 
Al-Quran tersebut adalah yang diwakafkan oleh badan bukan kerajaan (NGO), syarikat dan orang perseorangan melalui Program Wakaf Al-Quran anjuran Restoran Sri Kandar, Kampung Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan.
 
Gambar: Wan Mustapha, pemilik Rastoran Sri Kandar menyerahkan al-Quran wakaf kepada Fazliyaton untuk dibawa ke Selatan Thai.
 

No comments:

Post a Comment