Durian D10 berasal darI Batu 13 Kajang, Selangor. Ia
didaftarkan di Jabatan Pertanian pada tahun 1934. Dengan kata lain
boleh dikatakan antara baka durian terawal didaftarkan di Malaya.
Durian D10 juga dikenali dengan nama durian hijau. Dinamakan
atau dipanggil durian hijau kerana warna duri adalah
hijau terang. Duri kasar, pendek, lebar dan tajam di hujungnya. Semua ciri
adalah sama dengan D7, hanya beza pada duri D10 yang tajam.
Bentuk buah dari varieti ini seakan sama seperti durian D7,
tetapi mempunyai duri lebih tajam. Tanda buah akan
masak, kulit dari kehijauan akan jadi sedikit kekuningan. Durian D10 ini agak
mudah dibuka atau dikopek.
Isinya berwarna kuning dan keadaan isi nampak kering. Isi
agak berserat. Rasanya lemak manis dan tiada rasa pahit. Durian D10 jenis boleh
disimpan lama berbanding jenis durian lain.
No comments:
Post a Comment