Sunday 16 June 2024

PANTAI KUALA REKANG CANTIK DIHIASAI POKOK KELAPA

 
Jajahan Bachok menjadi lokasi pelancongan terkenal di Kelantan. Pesisir pantai di jajahan Bachok bermula di sempadan dengan jajahan di utara menganjur sehingga sempadan dengan jajahan Pasir Puteh di selatan sememang terkenal dengan kecantikan yang menarik banyak pengunjung datang beristirahat dan melakukan pelbagai aktiviti pantai.
 
Nama Pantai Senok, Pantai Kemayang, Pantai Kemasin, Pantai Irama, Pantai Melawi dan berpuluh-puluh senarai pantai yang diuruskan oleh swasta menarik kunjungan ramai.
 
Salah satu pantai yang semakin meningkat nama ialah Pantai Kuala Rekang yang dihiasi dengan kecantikan deretan pokok kelapa condong yang cukup memukau. Pokok kelapa memang sinonim dengan pantai.
 
Ditambah pula dengan hamparan pasir putih halus menjadikan ia lebih menarik dan mempersonokan mata memandang. Kawasan yang luas amat sesuai untuk aktiviti keluarga atau berkumpulan.
 
Untuk berkunjung ke Pantai Kuala Rekang boleh mengunakan penunjuk arah Dataran Kubu Kuala Gel. Kedudukan Pantai Kuala Rekang bersebelahan dengan Dataran Kubu Kuala Gel.



No comments:

Post a Comment