Durian D200 duri hitam
(black thorn). Nama lain panggilan D200 ialah durian
Ochee atau Hei Tze. Baka durian duri hitam berasal dari Pulau Pinang dan telah
didaftarkan di Jabatan Pertanian pada 15 Jun 2015 oleh Leow Cheok Kiang
Durian duri hitam mempunyai rasa berlemak
manis, berkrim dengan sedikit pahit. Isinya agak tebal walaupun tidak setebal durian musang king serta
lebih ringan dari segi tekstur.
Durian duri hitam mencatatkan harga paling
mahal berbanding jenis-jenis durian lain. Harganya boleh mencecah sehingga
RM120 sekilogram mengikut musim dan tempat. Antara faktor durian itu harganya tinggi
adalah kerana tidak banyak pengeluaran.
Ciri paling unik durian ini ialah isi berwarna
oren gelap hingga kemerahan, sangat pekat, lembut dan berlemak.
Aromanya yang unik, wangi dan tidak tajam menjadikannya sesuai bagi santapan
mereka yang pertama kali ingin mencuba rasa durian.
Durian duri hitam mempunyai warna duri yang sama seperti durian yang lain iaitu hijau.
Pada hujung duri tersebut dilihat akan terdapat warna perang gelap di mana
terdapat teori yang mengatakan bahawa ciri tersebutlah yang menjadi ilham bagi
nama durian ini.
Pada bahagian bawah durian selelunya
dilihat berwarna perang gelap dan tanpa sebarang duri di kawasan tersebut.
Terdapat satu tangkai berwarna hitam bahagian tengah di mana ia dikatakan sebab
durian ini diberi jolokan durian duri hitam.
Garisan berwarna perang gelap juga
kelihatan bersambung dengan bahagian bawah di mana ia boleh digunakan sebagai
penanda bagi mengopek durian jenis ini.
Pokok induk durian duri hitam berasal dari
Kampung Lima Kongsi yang berhampiran Sungai Bakap yang terletak di selatan
jambatan kedua Pulau Pinang.
Pokok tersebut telah dirahsiakan bertahun-tahun
lamanya walaupun mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan pengusaha durian
tempatan kerana pemilik asal iaitu 'Bagi Kau' enggan untuk menjual benih pokok tersebut.
Dia telah menjumpai benih asal pokok tersebut ketika berada di negara Thailand
namun sehingga kini dia tidak mengetahui secara mendalam asal-usul pokok
tersebut.
Pada pertengahan tahun 1980-an pemilik
pokok asal telah memberi keizinan kepada rakannya iaitu Leow Cheok Keong untuk
menanam benih tersebut di ladangnya di Nibong Tebal yang menjadi kebun durian duri
hitam komersial yang pertama.
Setelah beberapa tahun membuat pemilihan dan
penjagaan akhirnya ia menjadi buah yang sangat berkualiti dan didaftarkan
dengan Jabatan Pertanian sebagai buah durian premium (D200).
Durian duri hitam bukan sekadar buah eksotik. Ia simbol
kemewahan tropika Malaysia yang semakin menawan selera dunia.




No comments:
Post a Comment