Jajahan
Machang mendapat nama daripada sebuah kampung iaitu Kampung Machang. Ia mula
dibuka pada tahun 1880 oleh sekumpulan penduduk kampung dari Pasir Tumboh di
Kota Bharu yang diketuai oleh En.Senik.
Pada
awal pembukaan kampung ini aktiviti utama yang dijalankan oleh penduduk untuk
menyara kehidupan mereka ialah pertanian dan perniagaan.
Dari
segi geografinya kedudukan Jajahan Machang terletak di tengah-tengah negeri
Kelantan Darul Naim. Jajahan Machang ini bersempadan dengan Kota Bharu dari
sebelah utara, sebelah selatan Jajahan Kuala Krai, sebelah barat bagi Jajahan
Tanah Merah manakala bagi Jajahan Pasir Puteh pula di sebelah timur.
Pada
awal penubuhannya iatu sekitar tahun 1949 Jajahan Machang telah dijadikan
jajahan kecil. Namun, pada 1 Januari 1952 disebabkan kepesatan dalam
pembangunan dan kegiatan ekonomi di Jajahan Machang ia telah dijadikan jajahan
sepenuhnya.
Jajahan
Machang mempunyai keluasan 546.26 km persegi. Daripada jumlah keluasan itu
sebanyak 129 km persegi adalah terletak di dalam Majlis Daerah Machang.
No comments:
Post a Comment